Shah Alam, 23hb Febuari 2014 – Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok Mawar dan Cempaka Bandar Baru Klang dengan kerjasama DUN Kota Anggerik telah menganjurkan Program Gotong-Royong di kawasan yang acap kali memenangi anugerah dari Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Difahamkan Pangsapuri tersebut telah dicalonkan diantara 5 pangsapuri perintis untuk anugerah khas dari Kerajaan Negeri Selangor. Anugerah itu diwujudkan bagi menggalakkan persaingan sihat di kalangan pengurusan bangunan agar mengamalkan pengurusan, penyenggaraan dan perkhidmatan terbaik.
Sementara itu, ADUN Kota Anggerik, YB Dr. Yaakob Sapari yang turut serta dalam aktiviti tersebut berkata, "budaya gotong-royong di kalangan masyarakat perlu diadakan demi kebaikan semua pihak.
Hidup di bandar bukan alasan kita meminggirkan gotong-royong sebaliknya terus berusaha kerana banyak kerja dapat diselesaikan dengan berkerjasama antara satu sama lain.
Program seumpama ini diharap menjadi pemangkin ukhwah diantara penduduk agar dapat diteruskan pada masa hadapan" katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.