`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 26, 2014

Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH

selangor beli syabas
Kerajaan Selangor Bayar Pampasan RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas) : Masalah demi masalah yang dihadapi rakyat Selangor ketika ini termasuk pendedahan punca beberapa siri masalah air di Selangor (SEPERTI DI SINI), secara tiba-tiba….Berita yang baru diterima, apabila….
Berita yang baru diterima, apabila kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama untuk membenarkan kerajaan Selangor untuk beli bayar dengan pampasan sejumlah RM9,500,000,000 juta (RM9.65 bilion) sekaligus terus mengambilalih pengurusan syarikat air di Selangor seperti :

Pampasan Beli Syarikat Konsesi Air Selangor : Senarai Syarikat Terima Bayaran Lumayan RM9.65 Bilion!!

  1. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
  2. Puncak Niaga Sdn Bhd
  3. Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas)
  4. Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).

Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor VS Kerajaan Malaysia Terus Bina Langat 2!

  1. Dan perjanjian kerajaan Selangor & kerajaan malaysia ini juga Perjanjian tersebut membuka laluan untuk pembinaan pusat rawatan air Langat 2
  2. Kerajaan Selangor dapat Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH
  3. Kerajaan Malaysia dapat terus dengan projek pembinaan pusat rawatan air Langat 2
  4. Satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
  5. Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan
Air SelangorBermakna, kerajaan Selangor sekarang ini bakal memiliki kawalan penuh terhadap pengurusan air Di Selangor termasuk tarif di Selangor sekaligus meredakan sedikit sebanyak ketegangan mengenai isu air dan mungkin situasi menang-menang juga bagi kedua-dua pihak.
Seperti janji kerajaan Selangor sebelum ini, dengan bayar pampasan sejumlah RM9,65 bilion untuk beli pengurusan syarikat air Selangor ini, dijangka rakyat Selangor bakal menjadi ‘taukeh dalam industri air Selangor’ di mana apabila Kerajaan Negeri bakal menerbitkan saham air sebagaimana pengalaman Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan antara rakyat & kerajaan Malaysia ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.