`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 25, 2014

GARA-GARA ELAK DITANGKAP, WARGA BANGLADESH SANGGUP TOLAK WARGA EMAS KE DALAM LONGKANG

Kuala Lumpur: Hanya kerana bimbang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah, seorang lelaki warga Bangladesh sanggup menolak seorang wanita warga emas ke dalam longkang dalam cubaannya untuk melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa semalam.
Difahamkan, lelaki warga Bangladesh itu menjalankan perniagaan menjual ikan dengan menyewa lesen perniagaan rakyat tempatan dan sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa yang menjalankan Ops Tegas di Pasar Pudu, dia lari lintang-pukang hingga sanggup menolak seorang wanita warga emas ke dalam longkang.

Wanita warga emas itu mengalami kecederaan di tangan dan lutut akibat kejadian itu dan bernasib baik kerana diselamatkan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang turut serta dalam operasi itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Minhad Ahmad berkata, Ops Tegas yang dijalankan buat kali kedua itu memberi fokus kepada dua pasar utama di ibu kota iaitu Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Pudu berdasarkan aduan orang ramai dan peniaga tempatan.

“Kita memulakan operasi jam 4 pagi dan tamat jam 11.30 pagi iaitu awal pagi di pasar borong manakala di Pasar Pudu pula peniaga warga asing hanya memasuki ‘kawasan’ itu kira-kira jam 9 pagi.

“Operasi membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu mendapati kebanyakan peniaga tempatan menyewakan lesen mereka kepada warga asing pada harga RM150 sehari atau RM4,000 hingga RM6,000 sebulan,” katanya kepada Harian Metro.
Foto
ANGGOTA polis menyoal seorang warga asing yang gagal melarikan diri.
Beliau berkata, berdasarkan tinjauan dan hasil operasi, pekerja asing biasanya menjadi pembantu kedai di pasar borong manakala di Pasar Pudu pula, 70 peratus daripada peniaga adalah warga asing berikutan kegiatan menyewa lesen perniagaan.

“Dalam serbuan di kedua-dua lokasi, seramai 65 orang ditahan selepas lebih 100 orang ditahan untuk pemeriksaan kemudian separuh daripada mereka dibebaskan selepas majikan membawa dokumen pengenalan diri yang sah.
“Daripada jumlah itu, 48 individu adalah warga Myanmar, Bangladesh (tujuh), Indonesia (tiga), Pakistan (tiga) dan masing - masing dua dari India dan Nepal. Semua mereka berusia antara 16 hingga 48 tahun,” katanya. -metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.