`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 25, 2014

Kejut pengantin baru - terdengar jiran meminta mereka keluar menyelamatkan diri kerana kebakaran rumah mereka

Shah Alam: “Mujur kami tidak ‘tidur mati’, kalau tidak nyawa kami berdua pasti melayang,” kata Nik Arzafri Nik Din, 32, mangsa kebakaran rumah di Jalan Bunga Melor Kampung Baru Hicom, Seksyen 25 di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Nik Arzafri bersama isterinya Ernie Yuliana Mohd Zul, 27, sedang tidur di bilik belakang rumah sebelum terdengar jiran meminta mereka keluar menyelamatkan diri. 
Menurut pasangan pengantin baru itu, sebelum kejadian, dia dan isteri baru saja memakan ubat termasuk ubat selesema kerana mereka tidak sihat. 

“Sebaik mengambil ubat, kami masuk ke dalam bilik untuk berehat tetapi belum sempat melelapkan mata, kami dikejutkan dengan suara jiran mengatakan rumah terbakar.
Foto
ERNIE Yuliana Mohd Zul 27, bersama suami, Nik Arzafri Nik Din 32, menunjukkan kawasan bilik tidurnya yang turut terbakar. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat

“Walaupun harta benda termasuk hadiah perkahwinan musnah, tetapi nasib masih menyebelahi kami. Saya dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan. Kalau saya pergi kerja hari ini dan membiarkan isteri tinggal berseorangan di rumah mungkin sesuatu yang buruk menimpa isteri kerana dia tidak sihat. -metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.