Sekiranya Nurul Izzah hadir dalam program sebegini yang jelas satu pemikiran baru tentang islam, pastinya beliau akan menerima padah yang buruk.
Beliau akan dituduh sebagai golongan yang anti hadis seperti mana dituduh ke atas Kasim Ahmad.
Semoga pandangan sebegini dapat dihujah balas oleh mana-mana ilmuan agama bagi menjelaskan kekeliruan yang dibawa oleh Kassim Ahmad ini.
Kassim Ahmad ini tidak diketahui salah silahnya perguruannya. Tiba-tiba muncul dengan menyatakan Islam amalan kita hari ini salah. Terlalu memuja Nabi Muhammad berbandiing Allah, rambut bukan aurat wanita dan ulama adalah tiruan kasta paderi.
Setelah senyap untuk beberapa ketika, pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad muncul pada usia 80 tahun dengan ideanya untuk menentukan hala tuju negara untuk tiga puluh tahun akan datang.
Beliau, bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) sebelummemasuki Umno, kini hadir mengajak Rakyat Malaysia dan parti politik kembali kepada Islam sebenar.
Bagaimanapun idea beliau tetap kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama.
"Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam.
"Mereka (umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka," kata beliau ketika memberi ucapan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya hari ini.
Kassim turut membentangkan beberapa lagi kesalahan umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita.
Beliau berhujah berdasarkan tafsiran terhadap ayat pertama dalam surah al-Munafiqun.
Sementara itu, berkaitan aurat, Kassim berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk.
Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”.
Kassim yang berdepan tuduhan anti-hadis – tuduhan yang dinafikannya – turut mengajak agar al-Quran diletakkan sebagai sumber tertinggi agama dan ditafsir kembali bagi menyesuaikan kepada keadaan semasa.
"Saya pernah cakap yang al Quran menjelaskan ia sendiri. Method lama ialah menggunakan Hadis untuk menjelaskan al Quran kurang baik kerana bermakna menganggap Nabi Muhammad itu tahu segala-galanya. Ini ridiculous, beliau hanya utusan Allah," kata beliau.
Apabila membaca tentang Kassim Ahmad ni, gua teringat Astora Jabat dan Sisters in Islam. Masing-masing ada kolum sendiri dalam Utusan Malaysia suatu ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.