`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 17, 2014

Sultan Johor bidas sekolah RM8 juta hanya untuk 10 murid



Lagi cara rompak duit rakyat, ada projek duit masyuk!!
Sebuah sekolah rendah telah dibina dengan kos RM8 juta di Pulau Aur hanya untuk 10 murid dan 8 guru. Bukti ‘kebijaksanaan’ kerajaan dan kementerian pendidikan dalam melaksanakan sesuatu.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata ia membazir dan tidak masuk akal, lapor Bernama.
Baginda mencadangkan murid di sekolah itu, dipindahkan ke sekolah di bandar Mersing dan mereka akan disediakan kemudahan asrama bagi memudahkan urusan persekolahan.
Cara berkenaan akan menjimatkan kos kerajaan dan Sultan Johor sendiri bersedia untuk memberikan bantuan biasiswa kepada murid-murid berkenaan jika perlukan, titah Sultan Johor semasa merasmikan bangunan baharu Majlis Daerah Mersing hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.