`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, March 4, 2014

[ Berita ] mayat 2 remaja perempuan ditemui di dasar sungai, Kuala Krai

Misteri kehilangan dua orang perempuan sekitar jam 6 petang semalam akhirnya terjawab selepas anggota Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu berjaya menemui mayat mereka di dalam Sungai Lebir di Kampung Manek Urai, Kuala Krai.

mayat 2 remaja perempuan ditemui di dasar sungai, Kuala Krai , terkini, berita, info, lemas dalam sungai

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Azman Abu Hassan, mayat Nurul Akmal Roshid, 16, ditemui pada 8.28 pagi iaitu kira-kira 20 meter dari tempat kejadian manakala mayat Nursyafiqah Syaura Mohd Tusof, 13, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada 8.40 pagi.

Kini, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan. Kejadian itu dikatakan berpunca daripada mereka tergelincir ke dalam sungaiitu sebelum dihanyutkan arus deras.
mayat 2 remaja perempuan ditemui di dasar sungai, Kuala Krai , terkini, berita, info, lemas dalam sungai

Sumber : plbgaimacam.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.