`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 2, 2014

MALAYSIA DIBAWAH PIMPINAN NAJIB NEGARA SEMAKIN MUNDUR TIDAK PROGRESIF KATA PEMERHATI ASIA YANG CUKUP BERPENGALAMAN.



Seorang pemerhati Asia yang berpengalaman baru-baru ini membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan berkata Malaysia di bawah pimpinannya bukan tergolong masyarakat progresif seperti yang dapat dilihat dengan peningkatan sentimen keagamaan sempit.

Menulis di dalam edisi terbaru majalah Time, Zoher Abdoolcarim menyifatkan tindakan keras ke atas umat Islam beraliran Syiah di negara ini serta pengharaman penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian sebagai mengancam keadaan sedia ada yang aman.

Dalam makalahnya bertajuk "Losing Faith" (Hilang Kepercayaan), penulis mengingat kembali temuramahnya bersama Najib di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1984.

"Pada masa itu, Malaysia sebuah ekonomi yang sunyi dan berdasarkan pertanian, dan hanya memasuki dekad kedua era perindustrian. Pada masa itu, saya menyangka bahawa Najib yang berpendidikan British itu akan suatu hari memimpin Malaysia dan mengorak langkah ke arah pemodenan.

"Salah satu sangkaan saya tepat - Najib kini perdana menteri - manakala yang lainnya salah. Di bawahnya, Malaysia bukanlah sebuah masyarakat progresif, terutama di bidang kritikal untuk negara itu: agama," tulis Zoher.

Walaupun kecil, Malaysia sering dianggap penting melebihi Indonesia atau Turki kerana "ia contoh bagaimana sesebuah negara boleh atau tidak boleh menyesuaikan Islam dengan keadaan semasa".

Zoher menganggap cabaran ini lebih besar kepada Malaysia disebabkan kepelbagaian etnik.

Katanya, walaupun wujud pergeseran di antara umat Islam dan bukan Islam, sistemnya berjalan lancar.

"Sistem inilah yang kini diancam," katanya sambil menambah bahawa Umno semakin lantang dengan pemahaman Islam yang dibawanya.

Ia terserlah melalui seruan beberapa pemimpin Umno untuk hanya mengiktiraf mazhab Sunni sebagai mewakili agama rasmi, serta penangkapan dua pengikut mazhab Syiah kerana memiliki buku tentang aliran Syiah.

Zoher juga menyentuh halangan untuk penganut Kristian menggunakan nama Allah, walaupun menurutnya pengggunaan sedemikian adalah sesuatu yang biasa untuk sekian lama.

"Pihak berkuasa Malaysia berkata mereka cuba mencegah ketegangan antara agama. Tetapi apa yang pasti, mereka mengancam keadaan sedia ada yang aman," katanya.

Keadaan ini berbeza pada peringkat awal pemerintahan Najib. Apabila beliau dilantik menjadi perdana menteri pada 2009, beliau "memperkenalkan perubahan yang menjadikan Malaysia lebih terbuka".

Namun, sejak itu, beliau mengambil langkah ke belakang bagi memuaskan hati golongan konservatif Umno, yang sebahagian besarnya mahu mengusir Najib.

Tetapi sentimen keagamaan yang sempit lebih besar kesalahannya daripada permainan politik, kerana asas sesebuah masyarakat terdedah melalui perlakuannya ke atas golongan "lain".

Zoher mengakhiri karangannya dengan nasihat yang dipetik daripada ayat Al-Quran.

"Mereka yang cuba memaksa kepercayaan mereka seharusnya akur dengan kata-kata al-Quran ini: 'Tiada paksaan dalam agama', dan 'Sesuatu apa pun kamu berselisih, keputusannya terserah kepada Allah'."


LEPAS SEORANG DEMI SEORANG BELASAH NAJIB RAZAK CARA BELIAU URUS TADBIR NEGARA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.