`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 22, 2014

Fesyen muslimah Rebecca Nur Islam melampau

Rebecca (kiri) pada majlis hari jadi rakannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
"Ini bukan soal fanatik agama atau tidak tetapi kalau selebriti nak bergaya tutup aurat, biarlah mengikut syarak. Bukan begini caranya."

Itu kata seorang peniaga di Jalan Masjid India, Norkhairi Kassim berhubung cara berpakaian pelakon Rebecca Nur Islam yang kononnya menutup aurat.

Sambil menyifatkan perbuatan pelakon itu seperti menghina agama Islam, Norkhairi meminta aga ada pihak yang Persatuan Artis Seniman boleh menegur daripada menimbulkan kemarahan orang ramai.

"Seniman kena tegur kerana dia ni artis. Fesyen yang digayakan pada hakikatnya tidak langsung menutup aurat.

"Saya tak tahu siapa yang menjadi penasihat pelakon ini tetapi tolonglah, jangan menghina agama Islam sampai ke tahap ini," katanya sambil menunjukkan gambar pelakon itu yang tersebar di Internet.

Tambah Norkhairi lagi, Rebecca sebagai artis yang dikenali ramai sepatutnya sedar bahawa cara dia berpakaian mungkin boleh mempengaruhi peminatnya terutama golongan remaja yang cetek ilmu.

"Kalau nak berpakaian begini, baik jangan bertudung terus. Orang tak akan persoal pun sebab dia tu artis," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.