Gasak Sampai Terburai (GST) akan hanya dilaksanakan mulai April 2015 .. kira-kira setahun dari sekarang .. tetapi mulai bulan depan harga milo akan dinaikkan.
Bayangkan apabila 6% Gasak Sampai Terburai (GST) mula di laksanakan .. masih nak beritahu rakyat yang harga keperluan harian tidak akan naik dan kehidupan rakyat tidak terjejas????
Seperti biasa macai-macai UMNO/BN termasuklah para pemimpinnya akan cakap kalau rasa mahal jangan minum, minumlah minuman lain .. tiada siapa pun paksa suruh beli dan minum Milo.
Itu baru Milo tetapi barang-barang keluaran Nestle pasti akan menaikkan harga produknya termasuklah susu pekat manis ( macai-macai akan cakap bagus sebab akan kurangkan penyakit kencing manis), susu bayi ( baik sebab akan menggalakan penyusuan bayi dari susu ibu) , maggi ( baik kerana penyebab penyakit kanser), kicap, sos tiram ( bagus kerana akan menggurangkan penyakit darah tinggi) dll.
Lebih sangat membantah .. alamatnya akan kena halaulah dan kerakyatan akan di cabut!!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.