`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 27, 2014

KERETA RASMI PRESIDEN OBAMA "THE BEAST" MENGGUNAKAN DIESEL JENAMA CALTEX BUKAN PETRONAS ATAU PUN PETRON!!!



Lokasi depan Kedutaan Besar Amerika Syarikat bersebelahan Bagunan Tabung Haji.

Presiden Obama datang ke Malaysia dengan membawa kereta rasmi sendiri, Cadillac One yang dikenali “The Beast”. Janganlah ditiru PM Najib pula selepas ini.

Kereta General Motors keluaran 2009 dengan spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan dan berciri sebuah kereta kebal.

Sepanjang lima meter, seberat lapan tan, “The Beast” dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.

Tayarnya kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.

The Beast turut dilengkapi senapang “shot-gun” dan kamera penglihatan malam. Memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah.

Dengan muatan maksimum 7 orang, ia disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.

Cuma Obama tidak boleh membawa minyak sendiri. Kereta Obama perlukan minyak, Caltex tetap menjadi pilihan bukannya Petron!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.