`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 22, 2014

RAMAI BANGLA, NEPAL DAN BANGSA LAIN LAHIR DI CAMERON????

Sesuatu perlu dilakukan pada segera di perkampungan Orang Asli di Pos Terisu, Cameron Highlands bagi mengelak lebih ramai anak-anak gadis di kampung tersebut menjadi pelacur kepada warga asing seperti Nepal, Myanmar dan Bangladesh yang bekerja di kawasan sekitar.

Ini bukanlah cerita rekaan tetapi satu kenyataan yang cukup mengejutkan penulis apabila dimaklumkan gadis-gadis Orang Asli di kampung tersebut cuma perlu dibayar sebanyak RM50 untuk mendapatkan khidmat seks sepanjang malam.

Lebih mengejutkan lagi, hubungan seks itu boleh dilakukan di rumah gadis terbabit dengan izin orang tuanya sendiri.

Dalam erti kata lain, tidak ada halangan daripada ibu bapa gadis Orang Asli untuk membiarkan anak gadis mereka ditiduri warga asing asalkan dibayar sebanyak RM50 atau dibelikan sebotol arak berjenama.

Walaupun bukan semua ibu bapa Orang Asli di kampung itu merelakan anak-anak gadis mereka ditiduri warga asing namun terdapat banyak kes terbongkar dengan sendirinya apabila anak-anak gadis ini mengandung luar nikah!

Tidak pula dimaklumkan sama ada berlakunya kes buang bayi di kalangan anak gadis Orang Asli, sebaliknya diberitahu mereka dengan senang hati melahirkan anak-anak hasil hubungan seks terlarang itu dan seterusnya membesarkan mereka sebagai ahli keluarga tanpa ayah.

Perkara ini didedahkan oleh Penghulu Mukim Hulu Telom, Cameron Highlands, Mohd. Zuki Muhammad kepada penulis pada satu pertemuan di Cameron Highlands baru-baru ini.

"Semuanya bermula dengan arak yang dibekalkan oleh warga asing yang bekerja di sini kepada ibu bapa di kalangan Orang Asli yang akhirnya terjebak untuk melacurkan anak sendiri.

"Kami hanya mendengar dan melihat tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Bukan mereka tidak pernah ditangkap tetapi akhirnya dilepaskan semula apabila ibu bapa anak gadis Orang Asli yang terlibat datang ke balai dan mengatakan itu hak mereka untuk melakukan apa sahaja.

"Itu anak kami dan kami tidak melarang dia untuk buat seks dengan siapapun yang dia suka. Itulah antara jawapan yang kami terima kerana untuk menghukum mereka di mahkamah memang sukar kerana mereka mendakwa bukan beragama Islam," cerita Muhd. Zuki.

Memang sesuatu yang tidak patut berlaku ujarnya tetapi masalah itu sukar dibendung tanpa kerjasama semua pihak khususnya agensi-agensi kerajaan.

"Pos Terisu agak terpencil dan terdapat empat buah perkampungan Orang Asli di situ yang mempunyai penduduk sekitar 1,000 orang daripada beberapa buah keluarga.

"Terdapat juga penduduk beragama Islam dalam jumlah yang kecil tetapi yang menganut agama Kristian agak ramai sehingga terbinanya dua buah gereja di Pos Terisu," katanya.

Jelas Muhd Zuki lagi, masalah yang sering timbul daripada perbuatan seks di kalangan gadis orang asli ini adalah kehamilan.

"Mereka memang mahukan anak yang dikandung tetapi masalahnya mereka tidak akan mendapat sijil kelahiran selagi tiada sijil daftar perkahwinan.

"Seterusnya, bagaimana anak-anak ini akan bersekolah sekiranya tiada sijil kelahiran yang memang diperlukan sewaktu mendaftar nanti.

"Masalah ini telah pun wujud di Pos Terisu tetapi disebabkan ada budi bicara dengan pihak sekolah, anak-anak luar nikah ini dibenarkan ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Tetapi sampai bila mereka akan hidup begitu?" soal Mohd Zuki.

Soalan yang dilontarkan Muhd Zuki sukar dijawab tetapi sebaiknya penulis mengajaknya melupakan permasalahan itu untuk seketika.

Namun perkara pokok yang harus dipandang serius adalah keseronokan yang dinikmati oleh warga-waga asing yang menjadikan anak-anak gadis Orang Asli sebagai tempat melepaskan nafsu tanpa sekatan di lokasi terpencil di pedalaman.

Seperti yang diberitahu Muhd Zuki, perbuatan tidak bermoral ini bukan baru semalam berlaku tetapi telah bertahun-tahun tanpa didedahkan kepada umum.

Hanya agensi yang terlibat dengan Orang Asli sahaja yang tahu perkara ini tetapi apakah usaha yang telah dilakukan untuk membanteras permasalahan ini?

Kalau tidak didedahkan, kemungkinan akan lebih ramai lagi anak-anak gadis Orang Asli di sini akan dirosakkan oleh warga-warga asing yang sanggup membayar demi menuntut keperluan seks mereka. 

Sebenarnya, tidak ada alasan yang boleh diberi oleh pihak yang dipertanggungjawabkan kerana penulis melihat sendiri jalan untuk ke kawasan tersebut tidaklah sesusah mana.

Apa yang penting adalah kesungguhan untuk melindungi warga Orang Asli tanpa mengira usia. ~ MalaysiaGazette

Apa nama bangsa baru itu kelak?


APA TINDAKAN YANG KERAJAAN DAN RAKYAT KENA AMBIL BAGI MENGATASI MASALAH INI????


~ lusuka.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.