`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 18, 2014

25 kali kahwin tapi ditangkap khalwat



Kuala Terengganu: Seorang bekas guru yang mempunyai 25 bekas isteri, 18 anak, 48 cucu dan empat cicit dihukum denda RM2,400 selepas didapati bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Tertuduh, Alias Salleh, 78, dari Taman Perumahan Wakaf Tengah di sini, yang kini mempunyai seorang isteri turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, tertuduh menjelaskan denda berkenaan. 
Bersalah khalwat 

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah melakukan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Alias didakwa berkhalwat dengan seorang tukang cuci yang juga isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.