`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 31, 2014

Kepimpinan itu hanya untuk keluarga pemimpin, yang lain tak ada hak



Politik begitu mencabar di negara ini. Politik sudah tidak lagi berbudaya baik dan kini sudah tidak lagi dapat di kesan yang mana betul dan yang mana yang tidak betul. Politik dimainkan untuk kepentingan peribadi dan ia sudah di jadikan modal perniagaan untuk pemimpin-pemimpin yang memainkannya secara giat. Politik menjadi tindakan hidup mati untuk ramai pemimpin, sehinggakan pemimpin, tidak kira dari parti kerajaan atau pembangkang menjadikan politik ini untuk warisan keluarga yang sedang berkuasa.

Yang inginkan kuasa pula akan meletakkan ahli keluarga yang terdekat untuk menggantikan dirinya untuk merebut kuasa dan yang sedang bertahan juga menjadikan ahli keluarga mereka untuk mewarisi kuasa kerana bagi mereka kuasa itu adalah modal perniagaan keluarga mereka.

Dulu, ada pemimpin besar UMNO mahukan Melayu tidak lagi patut bersandar dan mempunyai tongkat untuk memajukan bangsanya. Pemimpin itu meminta supaya tongkat itu dibuang dan bersaing secara sihat tanpa tongkat-tongkat itu. Pemimpin itu meminta mahukan orang Melayu tidak bersandar kepada kerajaan dan UMNO untuk maju.

Tetapi pemimpin yang sama telah membuktikan yang anak-anak beliau sendiri bersandar kepada kuasa UMNO itu sehinggakan anak-anaknya menjadi orang besar negeri dan orang yang terkaya di negara ini dengan menggunakan tongkat yang sama.. Bagi yang mempunyai tongkat dan tidak mahu menggunakannya, tongkat itu jangan di buang tetapi di simpan di dalam setor. Ada waktunya tongkat itu akan berguna terutamanya semasa sudah tua nanti dan tidak berdaya berjalan dengan betul lagi.

Semuanya ini adalah kerana sikap ‘hypocrite’ pemimpin ini dan tidak berdaya untuk menahan nafsunya yang menjejaskan sifat kepemimpinannya. Kuasa dan kepimpinan itu hanya hak keluarga mereka yang sedang memimpin sahaja dan yang lain hanya di gunakan untuk menjadi alat pembedil untuk membedil sesiapa yang cuba untuk mengkritik tindakan seperti itu. Kroni-kroni ini hanya diperlakukan sebagai parang bengkok untuk menebas belukar yang menghalang mereka untuk majukan keluarga mereka sahaja.

Di pihak pembangkang juga jika mendapat mandat pun tidak kurang hebatnya.Ada pimpinan pembangkang yang lebih teruk dari pimpinan kerajaan yang mempraktikan nepotism itu. Jika pemimpin dalam UMNO mewarisi kepimpinannya selepas mereka bersara pimpinan dalam pihak pembangkang pula sudah menyediakan asas untuk mewariskan kepada ahli keluarga terdekat belum pun mendapat kuasa. Ada yang terus tidak merasakan apa-apa untuk menonjolkan isterinya sendiri dan bersedia untuk menyambung warisan itu sudah ada anak dan keluarga yang lain.

Ada sebuah parti yang dikuasai oleh bukan Melayu juga mewarisi kepimpinan parti kepada anaknya sendiri yang kini mengetuai parti itu yang telah duduk selesa berkuasa disebuah negeri di utara Semenanjung ini. Kalau diselidik secara kasar sahaja kita nampak kedua-dua pihak mempunyai ‘attribute’ yang sama walaupun ada sedikit perbezaan diantara kedua-dua belah pihak itu.

Najib menjadi Perdana Menteri setelah 29 tahun selepas bapanya meninggal dunia. Jika Mukhriz menjadi PM nanti beliau menjadi PM setelah Dr Mahathir bersara agak lama juga. Mukhriz hanya memerlukan yang beliau lebih berkelayakan untuk mengatasi Khairy Jamaludin dalam kepimpinan UMNO itu.

Hishamudin jika menjadi PM seperti yang dikehendaki oleh Najib sepupunya, beliau akan menjadi pemimpin utama selepas puluhan tahun Hussein Onn meninggal dunia.

Tetapi jika PKR mendapat kuasa di Putrajaya yang akan mewarisi kepimpinan utama negara ialah Wan Azizah. Beliau akan mewarisinya dari suaminya Anwar Ibrahim. Lim Guan Eng telah mendapat warisan dari bapanya Lim Kit Siang secara 'direct'. Oleh itu jika pembangkang menggunakan isu ‘nepotism’ terhadap UMNO ia merupakan perbahasan yang tidak mempunyai moral.

Sesungguhnya kedua-duanya sama dan kedua-duanya membawa kepada perpecahan negara yang dipunyai oleh rakyat yang ramai dan bukannya kepada segelintiran keluarga sahaja. Sifat ‘nepotism’ ini telah sampai kekemuncaknya dengan apa yang berlaku di Selangor dalam mana jawatan Menteri Besar itu menjadi rebutan dan hendak direntap secara ‘hostile’ dari penyandangnya Khalid Ibrahim oleh keluarga Anwar Ibrahim.

Jika berlaku pun perpecahan diantara PAS dengan PKR yang di sokong oleh DAP itu, ia bukanlah kejadian yang membawa banyak perbezaan jika mereka masih bersatu. Hasilnya sama dan ‘consequence of events’ akan tidak berbeza dengan kepimpinan dalam UMNO dan BN itu.

Kita sudah sangat hendak mengakui yang sifat ‘nepotism’ ini tetap akan menjahanamkan negara dalam masa yang tidak lama. Saya telah sebut Harold Mac Milan dan Callaghan tidak mewariskan kepimpinan Britain kepada anak dan keluarga mereka. Begitu juga pimpinan  yang baru dalam sejarah negara itu seperti John Major, Edward Heath, Iron Lady Margeret Thatcher, Tony Blair dan Gordon Brown. Mereka tidak di warisi oleh anak-anak atau menantu mereka.

Jika ada usaha dikalangan mereka yang mahukan kepimpinan negara diwarisi oleh ahli keluarga mereka, rakyat Britain akan memandangnya sebagai pemimpin yang tidak bermoral dengan kepimpinan mereka, tetapi di sini perkara waris mewarisi kepimpinan negara kepada keluarga itu tidak menjadi hal. Ia menjadi isu biasa yang tidak penting bagi kita di sini kerana kepercayaan yang kepimpinan itu hanya boleh timbul dari keluarga yang memimpin amat menebal.

Jika tidak datang dari keluarga Perdana Menteri mereka tidak boleh menjadi pemimpin. Jika tidak datang dari keluarga mereka yang membangkang, tidak ada kelayakan bagi yang lain untuk mewarisi kepimpinan pihak pembangkang pula.

Elok pemimpin negara kita diambil alih orang yang tidak mempunyai anak pinak buat sementara kita membina budaya yang lebih baik dalam mewarisi kepimpinan negara ini. Itu sebabnya kita mulakan politik dan negara baru. Blog ini telah menyebutnya selalu dan tidak jemu-jemu mengulanginya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.