`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 11, 2014

KELEBIHAN BERDOA

kelebihan berdoa, doa senjata orang mukmin, doa, waktu mustajab berdoa

Doa ialah rayuan, rintihan serta permohonan seseorang hamba kepada Allah S.W.T, Tuhan semesta alam. Kita disuruh berdoa kerana Allah S.W.T amat sukakan kepada orang yang sentiasa meminta dan memohon sesuatu daripada-Nya. 

     Allah S.W.T tidak seperti manusia iaitu manusia apabila dipinta atau memohon sesuatu daripadanya lama-kelamaan akan merasa bosan dan pastinya akan menimbulkan perasaan benci dan dendam. Manakala Allah S.W.T pula semakin diminta daripada-Nya maka semakin Dia cintakan dan kasihkan kita sebagai hamba-Nya.

       Allah S.W.T berjanji akan memperkenankan segala pemintaan hamba-Nya yg beriman serta beramal soleh serta tidak menyalahi syarat-syaratnya. Hal ini selaras dengan firman-Nya:

Dan Tuhanmu berfirman:"berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan bagimu." (Surah Ghafir:60)

         Doa juga merupakan suatu ibadat.Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. :

"Berdoa itu merupakan suatu ibadat dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan untuk kamu." (Abu Daud Al-Tirmizi dan Ibn Majah) 

        Allah sebenarnya malu untuk menolak atau menghampakan permintaan hambaNya, sepertimana sabda baginda s.a.w. :

"Sesungguhnya Tuhan kamu yang mulia, amat pemalu terhadap hambaNya apabila hambaNya mengangkat kedua belah tangannya memohon kepadaNya (berdoa) untuk menolak kedua tangannya itu dengan kosong." (Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ibn Majah) 

         Doa yang dipanjatkan oleh hamba-Nya akan diperkenankan melalui 3 bentuk, sepertimana sabda Baginda s.a.w. :

"Mana mana muslim yg berdoa kepada Allah dengan suatu doa dan dia tidak berdosa serta tidak memutuskan hubungan silaturrahim, melainkan diberikan oleh Allah dengan salah satu dari 3 bentuk: sama ada disegerakan apa yang dia doakan atau sebagai simpanan bekalan pada hari Akhirat ataupun diselamatkan daripada sebarang kejahatan.Para sahabat berkata: Oleh itu,kita perbanyakkan (berdoa).Baginda bersabda: Allah itu lebih bayak lagi (rahmatNya)."()al-Tirmizi dan Ahmad)

       Jadi, sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, kita kena la berdoa banyak-banyak supaya Allah sentiasa kasihkan kita. Sekian..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.