`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 17, 2014

Khalid Ibrahim, PKNS dan PJ Sentral.



Kecuali sedikit mukaddimah, artikel ini kiriman seorang sahabat yang mengetahui cerita peranan Khalid Ibrahim dalam isiu hangat ini. 

Sahabat saya comrade Hisham ada menulis mengenai pembabitan Azmin Ali dengan projek PJ Sentral. Pembaca bebas menilai tulisan tukar tiub. Saya rasa , ianya baik untuk semua jika terdapat versi lain yang melihat kepada isiu hangat tersebut. Dengan cara ini, pembaca budiman akan boleh mempbuat pertimbangan yang lebih saksama.

Apa peranan Tan Sri Khalid keatas PKNS?

Pada 20 Jun lepas, PKNS telah menandatangani perjanjian untuk menjual kesemua 30% saham miliknya dalam projek PJ Sentral dengan nilai RM85.3 juta kepada MRCB. Pada masa yang sama, PKNS menandatangani perjanjian dengan MRCB untuk membeli hak pembangunan (development rights) bagi membina satu bangunan di dalam projek PJ Sentral bernilai RM91.1 juta. Jadi jual pada nilai RM85.3 juta dan beli balik bangunan dengan nilai RM91.1 juta, jikalau dihitung semula PKNS ‘kerugian’ RM5.8 juta. Beginilah urusniaga Khalid Ibrahim yang gah bahawa dirinya seorang tokoh korporat yang handal.

Jadi kenyataan pengurus besar PKNS, suadara Azlan yang mendakwa bahawa PKNS berjaya mendapatkan kembali tanah milik PKNS yang ‘hilang’ akibat projek PJ Sentral tersebut tidak benar. Apa yang PKNS dapat ialah sebahagian tanah dalam PJ Sentral pada harga yang lebih tinggi.
Teryata ini bukan keputusan bisnes yang baik.

Jika kes PJ Sentral telah diselesaikan dengan perjanjian yang ditandatangani di antara MRCB dan PKNS, apakah pula isu yang ingin dibangkitkan oleh Azlan dan Khalid mengenai penglibatan Azmin dalam kes ini? Kelihatan seperti ada agenda tersembunyi menerusi tindakan terdesak oleh Khalid dan Azlan.

PKNS adalah pemegang saham minoriti dalam projek PJ Sentral ini, malah setiap keputusan yang diambil serta pengesahan butiran keputusan dibuat oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS yang dipengerusikan oleh Khalid. Jadi secara logiknya, bagaimana mungkin Azmin yang dipersalahkan sedangkan Mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS yang meluluskan dan mengesahkan semua keputusan bisnes PKNS yang dipengerusikan Khalid sendiri. Ini turut sama dengan bekas Pengurus Besar PKNS, Othman Omar yang dipersalahkan oleh Khalid yang menuduh Othman memecat Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Ini merupakan ‘modus operandi’ yang biasa oleh Khalid di dalam setiap isu serta kes serta keputusan yang diambil. Beliau tidak akan mengambil tanggungjawab di atas keputusan beliau sendiri.

Pada tahun lepas, Khalid telah mengarahkan PKNS untuk menyaman MRCB dalam kes PJ Sentral sedangkan para peguam dan barisan pengurusan PKNS pada ketika itu telah menyatakan kepada Khalid bahawa menurut lunas undang-undang, PKNS tidak mempunyai peluang untuk menang. Faekah Husin, bekas setiausaha politik Khalid, telah memberi arahan kepada pengurusan PKNS untuk menggunakan khidmat firma guaman yang juga kroni beliau Shook, Lin and Book bagi menyaman MRCB.

Khalid menerusi Faekah telah memberi arahan terus kepada Datin Paduka Norazlina, bekas Timbalan Pengurus Besar (Korporat) bagi setiap langkah dan tindakan menyaman MRCB. Pada masa yang sama, Norazlina cuba untuk menunjukkan bahawa Faekah boleh mempercayai beliau. Norazlina tidak disambung kontraknya sebagai Timbalan Pengurus Besar PKNS walaupun selepas beliau memperlihatkan tindak tanduk beliau sebagai ‘anjing suruhan’ Faekah. Malah, jika ada sesiapa yang perlu disiasat, sepatutnya kedua-dua Allahyarham Haji Roslan (Bekas Timbalan Pengurus Besar) dan Datin Paduka Norazlina yang sepatutnya disiasat. Ini adalah kerana merekalah yang telah berunding dengan Nusa Gapurna bagi menghasilkan perjanjian usahasama.

Dari sudut bisnes, barisan pengurusan PKNS telah memberi laporan bahawa adalah lebih baik bagi PKNS untuk turut serta dalam projek PJ Sentral walau sebagai pemegang minoriti dengan majoriti dipegang oleh MRCB, yang juga sebuah syarikat milik kerajaan. Namun di atas keegoan Khalid, dia telah memaksa pengurusan PKNS untuk menyaman Nusa Gapurna. Kes tersebut telah didengar di Mahkamah Tinggi di mana PKNS telah tewas dan PKNS turut tewas di dalam rayuan mereka. Akibatnya, PKNS menanggung kos guaman sebanyak RM150,000 dan ini cukup meresahkan Khalid yang sudah tidak berupaya untuk kalah di mahkamah sekali lagi.

Sikap ego Khalid jugalah yang telah mengakibatkan PKNS/GLC Kerajaan Negeri tewas di dalam kes mahkamah :

 PKNS tewas kes mahkamah kepada Selangor Polo Club. (Kerugian RM160 juta). Akaun PKNS dibekukan akibat PKNS.

Kerajaan Negeri tewas kepada pengusaha kuari (kerugian ratusan ribu ringgit).

Kerajaan Negeri tewas kes mahkamah isu Bandar Utama (kerugian ratusan ribu ringgit)

Malah, firma guaman kroni Faekah sendiri, Shook, Lin and Book telah memberi nasihat bahawa PKNS akan terus kalah jika kes ini dipanjangkan di mahkamah. PKNS telah kerugian masa, tenaga kerja dan ratusan ribu wang ringgit hanya untuk memenuhi nafsu Khalid. Khalid yang berkeras dengan sikapnya untuk menyaman MRCB kini telah membuat pusingan ‘U’ dengan menjual keseluruhan saham milik PKNS dalam projek tersebut.

Bagi menutup malunya, Khalid berusaha untuk mengalihkan perhatian dengan cuba untuk menyalahkan dan mengaitkan Azmin Ali dalam isu tersebut. Khalid berada di dalam keadaan yang meruncing kerana beliau akan kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam perseteruan beliau dengan Azmin Ali. Khalid juga begitu tertekan akibat krisis isu rampasan Bible, cadangan pembinaan lebuhraya Kidex, krisis kekurangan dan catuan bekalan air yang melanda Negeri Selangor. Jawatan Khalid sebagai MB Selangor turut dipertikaikan  oleh PKR, DAP dan Selangor. kerana akibat oleh kesemua ahli komponen dipenuhi Khalid bahawa isu yang ditimbulkan ini hanyalah satu agenda ‘political desperation’ oleh Khalid.


Azlan Alifiah, pemangku Pengurus Besar PKNS telah memperlihatkan sikap beliau seperti lembu ditarik hidung oleh Faekah dan Arfa Aziz, setiausaha akhbar Khalid. Lanjutan daripada itu, Azlan telah memberi arahan segera kepada pengurusan PKNS untuk menaikkan imej Khalid. Kos yang dijangka akan mencecah jutaan ringgit akan dibelanjakan hanya untuk memastikan Khalid mendapat liputan media yang positif menerusi akhbar-akhbar, majalah-majalah dan sebagainya.

Azlan telah berjaya membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang tiada kredibiliti dan tiada kualiti kepimpinan korporat. Setiap keputusan Azlan akan dirujuk kepada Raja Idris Kamarudin (abang kepada Raja Petra Kamarudin yang telah belot daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional) sedangkan Raja Idris adalah Presiden KDEB dan ahli lembaga pengarah MBI (Menteri Besar Incorporated) serta bukan Ahli Perbadanan PKNS. Tiada sebarang justifikasi serta logik struktur organisasi sebagai untuk PKNS merujuk kesemua keputusan kepada Raja Idris, Arfa dan Faekah.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.