`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 11, 2014

LEPAT LIAT PUN SEBIJIK HARGA SERINGIT TAMBAH LE.... PROTON SUPRIMA S LAGI MAHAL....KALAU DI JEPON HANGPA DAPAT BELI SUBARU BRZ !!!


Jepun, sebuah negara yang serba serbi mahal. Sebab tu byk kilang sana lari pegi negara luar seperti Malaysia sebb operation disini lagi murah dari sana. Di sana upah pekerja pun dah mahal, tu belom kira harga tanah, cukai pesemua. 

Tapi dengan serba serbi mahal, diorg menjual sebuah kereta yang baru dengan harga yang apabila ditukar ke matawang kita hanya mampu membeli kenderaan under spec disini.

Kalau di Malaysia jangan katakana kereta mahal.lepat pisang kat bazar ramadhan pun seketol RM1.00 tau.


Di Jepun, engineer fresh grad bergaji sebanyak RM6k sebulan. Still harga diorg sama ngan kita...tak kesah la kilang diorg kat jepun ke, kat Brazil ke, tapi diorg mampu beri harga yang baik. Kita di Malaysia, menggunakan kepakaran rakyat tempatan, kilang di malaysia, harga tanah yg murah, pelbagai sumber Bio semua murah seperti digembar gemburkan kerajaan untuk mnarik pelabur dari Jepun, tapi kenapa kita mengeluarkan hasil yang mahal?

Proton Suprima S di katakan murah di Malaysia.ye RM80k itu murah bagi mereka. 


Anggaran kadar tukaran wang asing untuk Jepun adalah RM1=JPY29.07 . Saya tukarkan harga Suprima S ke currency Jepun, saya akan mendapat JPY2,325,920.



proton-suprima-s-tun-dr-mahathir-9

Apabila saya search dengan harga sebanyak JPY2325920, saya mampu membeli kereta seperti Subaru BRZ yang baru di Jepun. Dengan harga yang sama, jikalau anda diberi pilihan Proton Suprima S dengan Subaru BRZ, mana akan anda pilih?





Myvi S series dijual pada harga sekitar RM42,424. Dengan tukaran matawang asing, saya akan mendapat sebanyak JPY1,233,440. Dengan jumlah sebyk ni saya boleh membeli sebuah brand new Honda Fit (atau dikenali sebagai honda jazz di malaysia).


P/S : So secara lojiknya malaysia mampu untuk memberi harga kereta yang lebih rendah disini.Apa yang memahalkannya adalah penglibatan politik dalam setiap perkara. Di Malaysia ini, bole kata setiap perkara akan melibatkan politik. Bukan saja politik dalaman sesuatu pertubuhan itu, malah memang campur tangan terus ahli politik dalam pertubuhan itu. Mende sebegini yang mencacatkan/mambantut pertumbuhan sesuatu pertubuhan.

~matkacau

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.