`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 7, 2014

PASMEB buat laporan Polis

Mazli turut membuat laporan polis terhadap Bernama yang menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor akan meletak jawatan hari ini melalui satu posting di Twitter.
pasmeb_01_300Shah Alam:  Pakatan Anak- Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini berhubung penyebaran khabar angin mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Pengerusi PASMEB, Mazli Saring berkata penyebaran palsu tersebut telah tersebar melalui Whatsapp dan pesanan ringkas (SMS) kepada umum termasuk media.
“Perkara ini turut melibatkan pihak istana dan telah menimbulkan rasa tidak puas hati serta menimbulkan kebimbangan kepada rakyat Selangor”, katanya
Mazli turut membuat laporan polis terhadap Bernama yang menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor akan meletak jawatan hari ini melalui satu posting di Twitter.
Dalam masa yang sama, beliau turut mendakwa MalayMail mengeluarkan berita mengenai perletakan jawatan Menteri Besar Selangor yang bertajuk ” Khalid to resign as Menteri Besar”.
“Saya yakin semua kenyataan ini datang daripada ahli PKR”, ujarnya lagi.
Punca berlakunya krisis
Krisis ini berpunca daripada fitnah yang berlaku diatas pemilihan PKR, katanya.
“Fitnah nakal ini yang dipercayai bermula daripada YB Azmin Ali boleh menimbulkan rasa tidak tenteram di kalangan rakyat di negeri Selangor.
Beliau menggesa agar pihak Polis membuat sisatan lanjut dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah tersebut kerana ianya dapat membahayakan negeri di bawahan pemerintahan PKR.
Sehubungan itu, PASMEB berharap agar Pengerusi PKR selaku Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memberi arahan tegas dan jelas kepada anggota PKR agar tidak mengeluarkan pernyataan yang kontroversial.
“Sekiranya mahu tukar Menteri Besar sekalipun, tunggu sehingga habis penggal. Ini disebabkan rakyat sudah berpuasa hati dan merasai suatu yang lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional dahulu,” ujarnya.
“Usah sebar berita fitnah dan berhenti sebarkan berita yang tidak betul”.
Sementara itu, timbalan presiden Road to Putrajaya, Hanafiah Husin melahirkan rasa kecewa di atas media yang digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah ini.
“Kalau boleh siasat mereka di bawah Akta Hasutan kerana timbulkan kucar kacir melibatkan seluruh negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.