`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 15, 2014

RM1050 UNTUK LESEN B2??MAKIN RAMAI LAH YANG TAK DE LESEN JAWAPNYA

 
Satu lagi berita yang pastinya akan menjadi perdebatan banyak pihak, iaitu kenaikan pada kos belajar memandu.

Seperti yang diketahui umum, harga lesen memandu untuk kereta iaitu kelas (D) dan lesen motor iaitu kelas (B2) akan dinaikkan bermula 14 Julai 2014. 

Kenaikkan harga lesen ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014.

Cadangan kenaikan kos ini kononnya mewujudkan kurikulum pembelajaran memandu yang lebih berkualiti dan menyeluruh kepada bakal pemandu di negara ini.


Pembaharuan dalam pengambilan kelas memandu ini merangkumi 3 elemen yang dinaiktaraf iaitu kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer.

Berikut disenaraikan harga baru untuk lesen memandu kereta dan motor. 






Dari segi positif?

Bagi penulis cadangan kepada perubahan kurikulum tu memang baik. Itukan usaha untuk melahirkan pemandu yang lebih berkualiti dan mahir dalam segala aspek agar memandu dengan lebih berhemah cermat dan bersopan santun. Manakala tujuannya tentulah hanya satu, untuk keselamatan semua pengguna jalan raya. 

JPJ akan memperkenalkan kurikulum baru ke arah menyediakan satu sistem latihan memandu yang dapat melahirkan pemandu yang kompeten, mematuhi undang-undang, berhemah dan bersopan-santun. 

Pelajar juga boleh memilih jenis kereta yang mereka mahukan sama ada kenderaan jenis manual atau kenderaan automatik. 

Jumlah waktu belajar yang turut ditambah memberi peluang kepada pelajar mempelajari lebih banyak selok-belok pemanduan. 

Dari segi negarif? 

Penulis cuma terfikir apakah kenaikan kos itu benar-benar rasional atau sesuai dengan situasi semasa? Apa kaitannya kurikulum yang baru tu dengan kos belajar? 

Belajar menghidu bau kemalangan, belajar memotong di jalan raya yang berselekoh tajam dan sempit serta berbukit. Atau untuk menampung kos bagi jumlah jam latihan yang lebih lama sebab yang mengambil lesen tu akan belajar cara-cara mengelakkan retakan, lubang dan air yang bertakung di jalan raya?

Sudah tentunya kenaikan harga lesen ini akan membebankan generasi Y yang belum bekerja dan lebih-lebih lagi sektor pekerjaan sekarang lebih memerlukan individu yang memiliki lesen memandu. 

Itu belum masuk kos yang perlu ditanggung untuk mengikuti latihan dalam jumlah waktu yang akan ditambah lagi. Kesannya, akan lebih ramai yang tidak mampu mengambil lesen dan memilih untuk memandu tanpa sebarang latihan. 

Rumusan

Pemandu berhemah tidak semata-mata “lahir” daripada latihan pemanduan. Tempoh waktu belajar yang panjang juga kadang tidak memberi kesan terhadap kaedah pemanduan seseorang. Itu semua bergantung kepada sikap pemandu itu sendiri. 

Sekolah memandu juga bukan diwujudkan untuk memastikan semua pemandu yang belajar di sekolah itu berdisiplin atau mahir dalam pemanduan. 

Mereka itu syarikat yang bermotifkan untung. Mereka hanya mengajar untuk membolehkan kita mendapatkan lesen. Dengan kata lain, sekadar memenuhi syarat. Kalau kos naik, lagilah mereka untung. 

Apapun, harap kenaikan kos belajar memandu ni bukan disebabkan desakan pihak-pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.