`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 23, 2014

Sah!! Khalid Ibrahim Akan Letak Jawatan Bagi Laluan Dr. Wan Azizah?


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim membayangkan dirinya akan mengakhiri ‎tugasnya hingga akhir penggal dalam tempoh tiga tahun lagi sebelum berehat dan fokus menjaga cucunya.

Menganggap tugas menteri besar sesuatu yang “menyeronokkan”, katanya terpulang kepada persetujuan rakyat ‎jika mahu beliau digantikan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."

Ini adalah politik dan saya masuk PKR kerana reformasi dan ingin bekerja kerana rakyat.Saya akan tunaikan tanggungjawab sehingga saya tidak diminta melakukan taggungjawab tersebut. 

Jadi saya juga sangat seronok tentang perkara ini."Boleh jadi tiba masanya untuk dua, tiga tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya‎," katanya kepada pemberita di Kuang, Selangor hari ini.

Walaupun menghormati keputusan parti, katanya PKR juga perlu mengikuti lunas enakmen negeri jika mahu mengemukakan permohonan untuk pertukaran."Kalau diganti, penggantiannya mesti diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad ketika ditemui berkata, PKR perlu menghormati keputusan PAS Selangor dan PAS Pusat yang mahu Khalid dikekalkan.

Katanya, menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah itu keputusan PKR, dan segala segala keputusan pimpinan negeri mengikut pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang akan ditetapkan melalui majlis presiden dalam minggu ini.‎"

PAS Selangor dan Pusat sebelum ini juga tidak pernah mencapai apa-apa persetujuan untuk menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah."Kita tidak pernah setuju," katanya.‎‎

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang daripada Umno, Datuk Abdul Syukur Idrus ‎pula berkata Umno akan mengambil sikap 'tunggu dan lihat' ‎tindakan pihak istana sama ada mahu perkenan pelantikan Dr Wan Azizah.‎"

Jika dilihat antara Khalid dan Dr Wan Azizah, biarlah Khalid teruskan."Namun terpulang kepada parti mereka, juga terpulang kepada perkenan tuanku .. tuanku menyokong Khalid‎," katanya.

Katanya, masalah boleh berlaku jika cadangan PKR itu tidak mendapat perkenan Sultan Selangor."Ketegangan mereka semakin meruncing. 

Kita tunggulah," katanya.Sementara itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya semasa merasmikan Masjid Kampung Sungai Serai di Kuang mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga penumpang serta anak kapal nahas pesawat MH17. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.