`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 28, 2014

Lagi aktivis wanita Malaysia terbang ke Turki, untuk kahwin militan IS


Seorang  aktivis keagamaan wanita terbang ke Turki untuk berkahwin dengan militan Negara Islam (IS) selepas hanya seminggu berkenalan di laman sosial September lalu.


Bapa wanita yang berusia 56 tahun membuat laporan polis dan memberitahu beliau telah melihat gambar berkaitan dengan senjata, kelengkapan militan dan aktiviti berkaitan keganasan di dalam komputer riba milik anaknya itu.

Tambah lelaki itu, anaknya hilang pada 29 September selepas mengenali seorang lelaki, yang berasal dari Johor.


Sementara itu, saudara wanita itu berkata, pasangan tersebut mula mengenali antara satu sama lain pada September lalu.

Wanita itu memberitahu keluarganya bahawa dia mahu berkahwin di Turki dan bapanya telah membuat laporan polis pada 30 September lalu, malah lelaki terbabit telah memasukkan duit RM6,000 dalam akaun anaknya untuk membeli tiket penerbangan ke Istanbul.

Dia juga memberitahu keluarganya bahawa tarikh penerbangan pada 8 Oktober dan lelaki tersebut akan bertemu dengan keluarga pengantin di Seremban sebelum berangkat.

Bagaiamanapun, mereka berdua tidak muncul pada 2 Oktober seperti yang dijanjikan.
Dan selepas itu, bapa wanita itu membuat laporan polis buat kali kedua.

Tambah saudara wanita terbabit, kelakuan aktivis itu mula berubah secara mendadak selepas menyertai sebuah kumpulan keagamaan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur tahun lalu.

"Dia mula memakai niqab dan menyembunyikan dirinya. Malah banyak masanya dihabiskan di internet," jelasnya.

Dalam pada itu, sumber polis berkata, laporan tersebut merupakan yang pertama diterima daripada ahli keluarga yang berkaitan dengan kumpulan militan di negara Timur Tengah.


Pada  14 Oktober lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, setakat ini tiada laporan daripada ahli keluarga wanita yang pergi ke Timur Tengah untuk menjadi 'teman wanita' IS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.