`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 13, 2014

Kalimah Allah: Ketua menteri, menteri besar tiada kuasa, kata Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kenyataan mengenai penggunaan kalimah Allah terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kenyataan mengenai penggunaan kalimah Allah terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014. 
Ketua menteri atau menteri besar tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan.
"Walaupun fatwa harus dilaksanakan di peringkat negeri dan hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tetapi kuasa eksekutifnya tidak terletak kepada menteri besar atau ketua menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air di Kompleks Pelancongan Bagan Datoh di bagan Datoh, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dilaporkan beberapa portal berita semalam, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Lim dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Zahid berkata secara lazimnya Yang Dipertua Negeri memberikan kuasanya kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam atau ketua jabatan agama Islam negeri, bukannya hak mana-mana menteri besar atau ketua menteri untuk menyatakan pendirian dan fatwa bagi negeri-negeri berkenaan.
Ketika ditanya sama ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu apabila pembangkang terus menjadikan penggunaan kalimah Allah sebagai isu, beliau berkata polis akan mengambil tindakan.
"Pihak polis akan mengambil tindakan apabila ada laporan polis (dibuat), akan melakukan siasatan selepas kertas siasatan disiapkan, ia akan dikemukakan kepada pegawai pendakwa raya," katanya.
Menurutnya isu berkaitan hal ehwal agama Islam sepatutnya diserahkan kepada Mahkamah Syariah yang akan melakukan pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
"Tetapi kes-kes untuk orang bukan Islam, kita serahkan atas kebijaksanaan Mahkamah Syariah untuk melakukan tindakan," katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.