Awalnya mendakwa dirinya disampuk, tetapi terkini seorang Pengurus Jabatan Kontrak dikenali sebagai Ismail Mahtar, 53, mendakwa dirinya adalah mangsa kepada kes amuk membabitkan penyanyi Aliff Aziz.
Dia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut mendakwa secara tidak semena-mena diserang Aliff dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi, pada Isnin lalu.
"Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok.
Klik gambar untuk size besar
Dia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut mendakwa secara tidak semena-mena diserang Aliff dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi, pada Isnin lalu.
"Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok.
Klik gambar untuk size besar
"Apabila keluar ke lobi, saya nampak ada tiga orang di situ dan salah seorangnya dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Semasa hendak menyalakan rokok, tiba-tiba pemuda yang tidak berbaju itu menjerit dan terus meluru ke arah saya.
"Saya sempat mengelak dan lari dari situ tetapi dia mengejar saya dan pada masa itu saya terjatuh tetapi saya cuba bangun. Kemudian saya terjatuh lagi.
"Apabila saya sudah jatuh dia mendekati saya dan di tepinya ada sebuah kipas meja. Dia terus mencapai kipas itu dan mahu memukul saya tetapi tindakannya itu sempat dihalang seorang pengawal dan seorang rakannya.
Kesan lebam yang dialami mangsa
"Tapi ketika dia mendekati saya itu, saya memang ada terbau arak (liqour) dari badannya dan bau itu sangat kuat," katanya ketika menceritakan kembali kejadian tersebut kepada media.
Ismail mendakwa dia mengalami kecederaan patah tulang bahu di sebelah tangan kanan dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar. Hasil pemeriksaan, doktor memberitahu kecederaan itu memerlukannya pembedahan kecil dengan segera.
"Sehingga hari ini tangan kanan saya lebam dan kebas. Doktor memberitahu saya perlu menjalani pembedahan dengan segera manakala kos pembedahan dianggarkan RM10,000," ujarnya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul. Kes itu kemudian telah dirujuk ke Balai Polis Chow Kit.
"Pada hari itu saya terpaksa membatalkan mesyuarat dan menangguhkan urusan kerja. Malah, saya menanggung kesakitan akibat kejadian itu dan perlu menjalani pembedahan segera yang menelan kos yang banyak.
"Saya mahu dia berjumpa dan memohon maaf kepada saya. Jika tidak, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadapnya atas kecederaan yang saya alami ini," tegasnya yang mahu penyanyi itu berjumpa dan membuat permohonan maaf padanya dalam tempoh dua minggu sebelum mengambil tindakan undang-undang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.