`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 24, 2014

Pondok tol kena samun

  • Gambar hiasanGambar hiasan
 1 / 1 
KUANTAN - Seorang jurutol kerugian lebih RM7,000 selepas dirompak dua lelaki bersenjatakan pisau di Kilometer 1, Plaza Tol Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, dekat Bentong,semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.16 pagi itu,  dua suspek yang berusia lingkungan 20 an menunggang motosikal dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur secara tiba-tiba berhenti di pondok plaza tol berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong,  Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, mangsa, yang hanya dikenali sebagai Faizatul berusia 20 an ternampak dua suspek terbabit meluru ke cermin pondok tol sambil mengacu pisau.

Menurutnya, curiga melihat tindakan dua lelaki tersebut, wanita terbabit sempat melarikan diri menerusi pintu belakang pondok tol sebelum memanggil pengawal keselamatan untuk tindakan susulan.

“Suspek sempat mengambil wang yang diletakkan dalam laci menerusi cermin pondok tol sebelum melarikan diri  ke arah Kuala Lumpur,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu cuba mengejar suspek namun gagal.

“Mangsa dan pengawal keselamatan terbabit memeriksa laci di dalam pondok tol sebelum melihat dua plastik berisi wang kertas bernilai RM7,000 dilarikan suspek.
“Susulan kejadian itu,  mereka membuat laporan polis di Balai Polis Karak untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, polis  sudah mengarahkan anggota untuk melakukan siasatan dan hasil daripada maklumat yang diperoleh suspek kemungkinan warga tempatan namun nombor pendaftaran dan jenis motosikal tidak dapat dicam.
“Ketika kejadian suspek berpakaian gelap dan memakai topi keledar bagi mengelak dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
“Kita akan meneliti CCTV untuk mendapatkan maklumat lanjut dan setakat ini kita sudah merekodkan keterangan daripada saksi dan mangsa untuk siasatan susulan,” katanya.

Menurutnya, polis  percaya dapat identiti suspek dapat dikenalpasti dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.