`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 17, 2015

1MDB: Pemuda UMNO Batu Kawan lapor SPRM terhadap Naib Ketuanya


Hari Khamis, Khairuddin membuat laporan di SPRM Putrajaya bagi membolehkan siasatan terperinci, menyeluruh dan berterusan dilakukan terhadap ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan dan dana kewangan syarikat hak milik kerajaan.

Hari Jumaat pula Pemuda Umno Bahagian Batu Kawan membuat laporan SPRM terhadap naib ketuanya Datuk Khairuddin Abu Hassan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Akhirnya SPRM yang tersepit ditengah-tengah.. nak siasat 1MDB tu.. rasanya berat sikitlah sebab penubuhannya adalah idea Najib..

Tapi kalau nak siasat Khairuddin tu mungkin cepat..

Laporan berkaitan..

GEORGE TOWN, 16 Jan (Bernama) -- Pemuda Umno Bahagian Batu Kawan pada Jumaat membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap naib ketuanya Datuk Khairuddin Abu Hassan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketuanya, Mohd Hilmie Ibrahim berkata laporan itu dibuat supaya satu siasatan dapat dilakukan terhadap Khairuddin berhubung laporan mengenai 1MDB yang dibuat Khairuddin kepada SPRM pada Khamis adalah palsu dan mempunyai unsur-unsur rasuah.

"Kami berharap SPRM menyiasat beliau dan menyiasat siapa dalang di belakang beliau. Semalam beliau ada membuat laporan mengenai 1MDB kepada SPRM. Laporan itu adalah laporan palsu, bukti pun beliau belum kemukakan.

"Saya juga merasakan ada unsur-unsur korupsi dalam laporan beliau. Jadi, kami minta SPRM siasat," katanya kepada pemberita di pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini.

Ditanya sama ada pihaknya mempunyai maklumat berhubung dalang-dalang yang dimaksudkan, Mohd Hilmie berkata pihaknya mempunyai dokumen untuk SPRM menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Pada Khamis, Khairuddin membuat laporan di SPRM Putrajaya bagi membolehkan siasatan terperinci, menyeluruh dan berterusan dilakukan terhadap ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan dan dana kewangan syarikat hak milik kerajaan itu.

Khairuddin juga membuat laporan polis berhubung 1MDB pada Disember lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.