`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 30, 2015

" Tua ribu " Maaf Pihak Bank Tidak Terima Bahasa Seperti Ini


Bagaimana agaknya status cek di dalam gambar ini. Adakah ia masih boleh ditunaikan atau sudah tidak boleh digunakan lagi. Ini adalah kerana Bahasa Melayu yang digunakan untuk menulis jumlah wang adalah salah dan tunggang langgang.
Gambar cek ini diperolehi di laman sosial dan ia sedang viral ketika ini ekoran kelucuan gaya bahasa yang digunakan.
Jelas, pemilik cek berkenaan merupakan seorang berbangsa Cina tetapi mungkin tidak berapa arif dalam menulis jumlah wang dalam bentuk perkataan sehingga terjadilah sebegitu.
“Tua ribu enam ratus sembilan bulu ringgit tika bulu sen sahaja,” menurut perkataan yang tertulis di cek berkenaan.
CheckLingkup
Inilah kali pertama penulis bertemu dan melihat sekeping cek ditulis dengan gaya penulisan sebegitu.
Dek kerana kesilapan menulis jumlah wang itu, cek itu terus menjadi bahan gelak ketawa di media sosial.
Menurut sumber yang bertugas di bank, biasanya cek sebegitu tidak akan diterima oleh pihak bank dan ia sepatutnya menggunakan gaya bahasa yang betul di ruangan jumlah dalam perkataan itu. - mynewshub

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.