`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 19, 2015

Cuaca sejuk di seluruh Semenanjung, bukan hanya di Kelantan - Jabatan Meteorologi

Cuaca sejuk di seluruh Semenanjung
Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Cuaca sejuk yang berlaku di Kelantan dan di seluruh Semenanjung menandakan Musim Monsun Timur Laut mula bergerak ke Sabah dan Sarawak.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, hujan kini beralih ke Malaysia Timur dan ia dikatakan sama seperti yang berlaku di negara Timur Tengah.

"Bukan hanya Kelantan tetapi berlaku di Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan seluruh Semenanjung.

"Hujan kini beralih ke arah Sabah dan Sarawak, kita akan nampak awan kini tidak banyak dan bermakna haba bumi akan cepat hikang kerana ketiadaan awan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Hisham mengulas fenomena cuaca sejuk luar biasa yang terjadi di Kelantan sejak tiga hari lalu.

Ia dikatakan berlaku di Kuala Krai sekali gus menjejaskan tidur mangsa banjir yang tinggal di khemah sementara di mana mereka terpaksa menggunakan selimut tebal.

Fenomena suhu sejuk ini juga dikatakan pernah berlaku awal tahun lalu di Kuala Krai.

Dalam pada itu katanya, penurunan suhu dengan cepat itu menandakan kawasan berkenaan tidak mempunyai awan yang menjadi selimut di lokasi tertentu.

"Ia menyebabkan suhu turun dengan cepat. Awan menjadi selimut dan apabila awan tiada, pastinya situasi sejuk akan menjadi cepat," jelasnya.

Sebelum ini, pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shaharuddin Ahmad memaklumkan bahawa beberapa tempat di negara ini akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga mencecah 17.2 darjah selsius.Awani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.