`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 8, 2015

Drama Bila Syarikat 123ABC Gagal Bayar Hutang Billion2 ......

Pendapat saya pertukaran Ceo dalam jangka waktu singkat ke atas sebuah syarikat yang tinggi pinjamannya memperlihatkan bahawa suatu tindakan soft receivership dari pihak pemberi pinjaman. Ia mungkin untuk membuka ruang kepada perbincangan dengan kalangan pemberi pinjaman secara setiakawan bagi melihat akan gurantee2 yang ada dan kekukuhan aset2 serta prospek aset2 sebelum langkah undang2 digunapakai.

 
Tujuannya untuk susun semua pinjaman dan aset yang bernilai untuk dinilai semua sebelum membuat sebarang tindakan selanjutnya. Dan ini tidak menolak kemungkinan kepada tindakan undang2 sebagai jalan penyelesaian sekiranya kedua pihak peminjam dan pemberi pinjam tidak mampu capai kata sepakat.

1MDB merupakan syarikat yang mempunyai guarantee kerajaan maka perlu ada soft approach. Kalau terus dengan tindakan yang keras, kerajaan akan menerima tamparan yang teruk.

 
Ini hanya dari pengamatan dan pengalaman semasa saya mengharungi krisis ekonomi dahulu.

Di atas emel yang saya terima dari seorang pengirim yang tidak mahu dikenali.  

Lama juga saya memikirkan kandungan emel tersebut. Jelas pengirim punya pengetahuan ( banyak atau sedikit .. wallahualam ) tentang apa yang beliau katakan. Simple jer kandungannya tapi buat saya termenung juga .....

Tetiba saya terfikir satu perkara akan 'pengamatan' pengirim emel itu ..... Ni boleh buat drama ni !

SINOPSI drama rekaan seperti berikut -

Umum dah tahu 123ABC banyak berhutang, malah semuanya berkenaan 123ABC adalah hutang. Itu secara mudahlah sebab asset2 semua dibeli melalui pinjaman2 dalam dan luar negara. 

KATAKANLAH 123ABC tengah sakit, berdepan masalah untuk melangsaikan hutang sebagaimana yang dipersetujui dengan bank2, malahan faedah pun sangkut ! .... 2-3 kali berbincang untuk reschedule hutang yang dah matang atau hampir matang dan tempoh baru pun sangkut .... pada pandangan anda, apakah tindakan bank2 yang beri pinjaman itu ?

( Perlu saya ingatkan, kita BERDRAMA di sini ok. TAK REAL, saja suka2 bergossip dan mencipta senario yang tidak mungkin berlaku. )

Bank perlu bertanggungjawab kepada pemegang saham atau pemiliknya. Ingat kes hutang Bank Rakyat dengan penjual karpet ? Tujuannya satu - bagi menjaga kepentingan pemilik bank. Yang penting bank dapat balik dananya atau paling tidak, kerugian di minimakan sekecil mungkin.

So ...... apa tindakan bank yang terlibat DAN bank2 lain yang pinjaman diberi masih belum matang tapi sudah mula risau melihat keadaan keupayaan 123ABC yang semput dalam membayar hutang .... adakah berdiam diri dan berdoa semoga keadaan akan berubah baik ATAU bertindak awal bagi menyelamatkan aset masing2 ?

Bukan pinjaman kereta OK. ini main BILLION2 .... bank2 pun boleh bangkrap !

Jadi ada kemungkinan bank2 akan berpakat cuba menyelamatkan 123ABC demi menjaga kepentingan masing ..... bermakna bank2 kena MASUK CAMPUR dalam pengurusan tertinggi 123ABC. Bermakna juga, bank2 sudah tidak lagi percaya kepada kemampuan pengurusan sedia ada. 

Kuasa syarikat dalam membuat keputusan kewangan harus berada dalam tangan bank2. Secara logiknya, orang yang berjawatan No 1 haruslah orang bank2.  Logik kan ?

So ...... CEO 123ABC kena letak jawatan dan digantikan dengan CEO pilihan bank2. SECEPAT MUNGKIN. Biarlah orang awam akan terkejut dengan tindakan tiba2 itu ... yang penting kepentingan bank2.

CEO baru ini pastinya tidak perlu menjalani proses temuduga seperti biasa yang dilalui oleh calon2 dalam keadaan biasa. Ini operasi menyelamat billion2, apa barang nak main temuduga.

Langkah pertama CEO baru 123ABC ..... yang ini saya nak pinjam kata2 dari 1MDB -

.... will be undertaking a strategic review to explore and determine a course of action that will allow the company to maximize returns for all of its stakeholders.

Tidak ada kaitan dengan 1MDB, ok cuma ayat dia sedap bunyinya .... macamana rupa tindakan itu .... errrr..... bab itu kena sambung PART 2. Ia bergantung kepada sambutan PART 1 ...

ASASNYA adalah bagi memastikan pemberi pinjaman ( yakni bank2 itu ) dapat kembali wang mereka.


                                                     ***********************

Amacam sinopsis drama Bila Syarikat 123ABC Gagal Bayar Hutang Part 1 di atas ? -dinturtle.blog

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.