`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 10, 2015

Ketua Hakim, Peguam Negara, bidas peguam yang serang hakim

Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengatakan serangan ke atas kehakiman oleh peguam tidak wajar dan lebih seperti serangan ke atas pentadbiran system keadilan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2015.Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengatakan serangan ke atas kehakiman oleh peguam tidak wajar dan lebih seperti serangan ke atas pentadbiran system keadilan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2015.Hakim tertinggi negara dan Peguam Negara hari ini membantah serangan yang dibuat ke atas badan kehakiman oleh para peguam, mengatakan ia tidak wajar dan menyifatkannya sebagai satu serangan terhadap pentadbiran sistem keadilan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Tan Sri Abdul Gani Patail dalam ucapan mereka pada pembukaan tahun perundangan membuat rujukan khas kepada laporan The Malaysian Insider bertarikh 22 Mei.

Artikel bertajuk "Judiciary comes under attack for not respecting the rule of law" (Badan kehakiman diserang kerana tidak menghormati kedaulatan undang-undang) mengatakan kebanyakan hakim Malaysia gagal mengiktiraf yang Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di negara ini dan kerana itu, litigasi undang-undang awam tiada lagi di negara ini.
"Saya mesti katakan, ia sesuatu yang mengecewakan apabila beberapa peguam berulang kali menggunakan media dan forum awam membuat kritikan yang tidak berasas terhadap badan kehakiman, dan lebih-lebih lagi terhadap keputusan mahkamah, dengan penuh sedar yang sebagai ahli Peguam Malaysia mereka bertanggungjawab bertindak dengan tulus, sopan dan adil.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.