Gegak gempita dunia apabila kerajaan Selangor mengisytiharkan penstrukturan semula ladang2 babi di Selangor ke dalam satu program yang lebih bersih dan tidak mencemar alam sekitar.
Kaum2 dari UMNO dan PERKASA tidak kurang secara bisik geng2 pro UMNO dalam PAS memaki dan menista program tersebut.
Namun, tiba2 UMNO Melaka turut serta mahukan projek yang sama kerana Melaka pernah mengalami krisis babi yang sebegitu serius pada tahun 2007. Bangkai2 dan najis2 babi pernah mengalir di kawasan rumah orang2 Melayu Islam yang rata2nya pengundi tegar UMNO sehingga sekarang.
Kali ini baik UMNO mahupun PERKASA diam seribu bahasa. Tiada kata2 nista mahupun tunjuk perasaaan berlaku.
Sama seperti isu "Oktoberfest" di Selangor tempohari.
Apabila "Oktoberfest" juga dianjur oleh Kementrian Perlancongan di Jonker Walk Melaka secara terbuka (baca: Minum arak secara terbuka di Jonker Walk) puak2 yang sama juga sunyi dan senyap membisu seribu pertanyaan.
Yang lebih memalukan adalah puak2 UG/Perpaduang dlm PAS yang turut serta memprotes "Oktoberfest" di Selangor tapi turut sama membisu terhadap Oktoberfest di Melaka.
Di Parlimen wakil2 UG seperti Nasruddin Tantawi, Nik Abduh, Khairuddin At Takiri tidak langsung menaikkan isu Oktoberfest Melaka yang dianjurkan oleh Kementrian Perlancongan tersebut.
Mereka lebih rela naikkan isu bolasepak dari program minum arak terbuka di Melaka.
Tampaknya mereka ini sudah jadi UMNO dan macam UMNO.
Agama UMNO apabila sesuatu itu anjuran UMNO maka hukumnya adalah halal.
Nampaknya puak2 UG dlm PAS pun dah mula terpengaruh dgn agama UMNO ini
TULANG BESI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.