`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 15, 2015

MULAI HARI INI KADAR BAYARAN UNTUK MEMBUAT DAN MEMPERBAHARUI PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) UNTUK TEMPUH LIMA TAHUN DI KURANGKAN KEPADA RM200 DARIPADA RM300.



Berkuatkuasa hari ini, kadar bayaran untuk membuat atau memperbaharui pasport Malaysia antarabangsa (PMA) untuk tempoh lima tahun bagi warganegara Malaysia dikurangkan kepada RM200 daripada RM300. 

Bayaran PMA untuk warga emas, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, jemaah haji dan pelajar di bawah umur 21 tahun diturunkan kepada RM100 berbanding kadar asal RM150, manakala Orang Kelainan Upaya (OKU) pula tidak dikenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan berkenaan. 

Notis arahan terbaharu itu diumumkan oleh Jabatan Imigresen dan beberapa media tempatan melaporkan salinannya turut ditampal di semua pejabat Imigresen, hari ini. 

Sehubungan dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun itu juga, PMA untuk tempoh dua tahun tidak lagi ditawarkan kepada umum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.