`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 6, 2015

Nasihat Kepada Para Menteri Kabinet : Bila-bIla Pun Jangan Bela Atau Sokong Taiko Organised Crime Ok?

Sebab takkan tak ada sebab mereka itu dikenal oleh segala burung punai, anak punai dan bapak punai sebagai ahli atau ketua kongsi gelap. (Saya bukan maksudkan burung punai tapi ahli kongsi gelap. Ok? Jangan keliru).  Ini berita dari Malaysian Insider.  

                                                                                   WATAN
 
  • Published: 6 January 2015
  • Musa Hassan berkata tidak mengenali Paul Phua 
  • Paul Phua Wei Seng raja judi
  • "Kamu tanya menteri dalam negeri" kata Musa
  • Katanya Zahid dan Khalid harus menjelaskan siapa sebenarnya Phua
  • Phua menghadapi tuduhan di Amerika terlibat dengan perjudian haram.
  • Putrajaya menarik balik surat Zahid kepada (FBI) yang mempertahankan Phua
  • Phua dituduh menganggotai kongsi gelap 14K
  • peguamnya meminta surat sokongan daripada Zahid bagi menyangkal dakwaan
  • Surat itu dikemukakan di mahkamah Las Vegas 
  • Zahid mengatakan Phua tidak pernah menganggotai 14K. 
  • Beliau menegaskan kumpulan itu tidak wujud di Malaysia
  • Zahid kata Phua bantu kerajaan dalam beberapa "projek keselamatan negara
  • Zahid menjadi sasaran kritikan ahli politik pembangkang dan juga Perkasa
  • Perkasa bertanya sama ada Zahid bertindak sendiri ...sebelum menulis surat itu
  • Musa berkata soalan mengenai Phua harus ditujukan kepada Khalid
  • dan mengkritiknya kerana enggan menjelaskan 14K dan Phua dalam surat Zahid 
  • Khalid enggan mengulas mengenai surat itu 
  • Khalid nafikan sindiket dadah antarabangsa 14K wujud di negara ini
  • Musa berkata Khalid sepatutnya boleh menjelaskan siapa Phua 
  • Phua menghadapi dakwaan pertaruhan sukan haram ..semasa Piala Dunia FIFA 
  • pertaruhan kegiatan haram itu dipercayai mencecah RM1.22 bilion
  • Akhbar South China Morning Post pada 31 Disember melaporkan surat Zahid, yang ditujukan kepada FBI menyatakan Phua tidak pernah menjadi ahli kongsi gelap 14K Hong Kong.
  • dakwaan bahawa Phua seorang ahli kongsi gelap dibuat berdasarkan ...maklumat yang diberi pihak polis Malaysia kepada wakil FBI di Kuala Lumpur.
  • dinafikan peguam Umno yang menjelaskan Zahid tidak menjamin Phua melalui surat itu kerana ia hanya jawapan kepada peguam Phua. – 6 Januari, 2015.

My comments : Pasal apa Putrajaya pi tarik balik surat yang ditulis oleh Menteri KDN? Putrajaya ini ada otak ke tak ada otak? 

Kan Zahid dah kata : Phua tidak pernah menganggotai 14K.

Kan Zahid dah kata Phua bantu kerajaan dalam beberapa "projek keselamatan negara" 

Habis pasai apa   Putrajaya menarik balik surat Zahid kepada (FBI) yang mempertahankan Phua  ??

Takkan Zahid, seorang Menteri Kabinet tak tahu tulis surat pun? 

FBI ini memang bangang betul. Dia orang tak faham ke peranan Phua dalam menjaga keselamatan negara?

Perkasa pun dua kali lima. 

Pasal apa Perkasa tak mahu demo depan Duta Amerika minta Amerika bebaskan Phua dari semua tuduhan perjudian antarabangsa?  Bangang punya Perkasa. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.