Ringgit terendah dalam lima tahun setengah berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR: Ringgit merudum ke paras terendah dalam tempoh lima tahun setengah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kebimbangan terhadap ekonomi Malaysia, kata seorang peniaga.
Pada penutupan dagangan jam 5 petang, ringgit diniagakan pada 3.5555/5575 berbanding dolar daripada 3.5320/5350 pada Isnin.
"Dalam kalangan pengeksport komoditi Asia, Malaysia dilihat paling terjejas dengan kejatuhan berterusan harga minyak dan komoditi," kata peniaga.
Beliau berkata ringgit akan terus menerima tekanan berikutan pelabur bimbang akan kesan terhadap ekonomi negara.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia menyusut berbanding euro kepada 4.2467/2498 daripada 4.2225/2275 pada Isnin dan rendah berbanding pound kepada 5.4193/4238 daripada 5.4050/4110.
Unit tempatan itu jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.6678/6708 daripada 2.6479/6503 pada Isnin dan merosot berbanding yen kepada 2.9903/9933 daripada 2.9343/9373, sebelum ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.