`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 18, 2015

Seorang kontraktor warganegara Malaysia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan penipuan dan rasuah membabitkan puluhan juta Dolar Amerika ke atas pegawai rasmi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Seorang kontraktor warganegara Malaysia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan penipuan dan rasuah membabitkan puluhan juta Dolar Amerika ke atas pegawai rasmi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Portal Astro Awani melaporkan tertuduh, Leonard Francis, 50,(gambar atas) dari syarikat pembekal perkapalan Glenn Defense Marine Asia (GDMA) membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Persekutuan San Diego.

Francis mengaku bersalah bersama seorang lagi tertuduh iaitu pegawai Tentera Laut AS Kapten Daniel Dusek.

Dusek (gambar) adalah pegawai berjawatan paling tinggi dalam sejarah Tentera Laut negara itu yang disabitkan atas kesalahan membabitkan rasuah.

Empat lagi tertuduh yang turut dibicarakan merupakan pegawai yang masih berkhidmat.

Dusek, 47, mengaku menggunakan jawatannya sebagai pegawai kanan tentera dalam memastikan kapal-kapal berlabuh di pelabuhan tempat syarikat Francis beroperasi.

“Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Leonard berjaya merasuah pegawai tentera laut dengan menawarkan mereka barangan yang tidak bermakna dan kepuasan berkepentingan peribadi,” kata Pendakwaraya AS, Laura Duffy.

Francis didapati bersalah atas tuduhan memberi rasuah, berkonspirasi melakukan rasuah serta berkomplot untuk mencabar kedaulatan AS.

Dia mengaku menyeleweng sejumlah AS35 juta (RM125 juta) dan diperintah membayar semula kepada pihak Tentera Laut AS sebarang jumlah yang ditentukan mahkamah.

Dalam pengakuannya, Leonard Francis bersetuju dia telah meraih puluhan juta dolar dengan mengenakan bayaran terlalu tinggi bagi bahan bakar, perkhidmatan bot tunda dan pelupusan bahan buangan.

Syarikat Francis juga memberikan bermacam-macam hadiah kepada pegawai Tentera Laut AS terlibat termasuk wang tunai AS$500,000, perkhidmatan pelacur bernilai ratusan ribu, percutian dan penginapan di hotel mewah.

Lain-lain hadiah antaranya, hidangan mewah daging Kobe, alkohol, cerut dari Cuba, beg tangan berjenama mewah, jam tangan, perabot, barangan elektronik, pedang hiasan dan model kapal buatan tangan.

Sebagai pulangan, pegawai tentera laut tersebut membekalkan Leonard maklumat sulit termasuk jadual pelayaran kapal selain mendapat layanan istimewa dalam pemberian kontrak.

Prosiding mahkamah bagi menjatuhkan hukuman ke atas Leonard Francisditangguhkan ke 3 April depan. 


Lihat video berkaitan di sini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.