`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 16, 2015

Tak cukup denda RM5,000, mereka mahu saya ke penjara, kata aktivis

Aktivis Hishamuddin Rais (kanan) yang dikenakan denda RM5,000 kini didakwa sekali lagi supaya beliau dipenjarakan pihak pendakwa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2015.Aktivis Hishamuddin Rais (kanan) yang dikenakan denda RM5,000 kini didakwa sekali lagi supaya beliau dipenjarakan pihak pendakwa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2015.
Aktivis Hishamuddin Rais akan didakwa sekali lagi mengikut Akta Hasutan 1948 kerana pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan denda RM5,000 yang dijatuhkan sebelum ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Syahredzan Johan selepas seminggu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan denda RM5,000 kerana bersalah di bawah akta tersebut.
"Denda sudah RM5,000 tetapi tidak dipenjarakan. Itu sebab mereka tidak puas hati. Kelihatannya mereka mahu melakukan kedua-duanya sekali.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lalu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atas tuduhan menghasut orang ramai ke jalan raya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam sebuah forum 2  tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan kes tersebut mengatasi keraguan munasabah.
Hishamuddin, 64, didakwa mengeluarkan kata-kata menghasut itu di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada 13 Mei, 2013.
Aktivis itu berkata dirinya merupakan mangsa sampingan kepada Akta Hasutan kerana akta itu tidak difokuskan kepada kelompok aktivis sepertinya.
"Saya anggap diri saya mangsa sampingan. Sasaran Akta Hasutan sebenarnya untuk ahli politik seperti Teresa Kok, Tian Chua, RSN Rayer dan Khalid Samad.
"Mereka ini apabila jatuh hukum lebih dari RM2,000, mereka akan kehilangan kerusi dan tidak boleh bertanding.
"Saya dan Adam Adli, hanya mangsa sampingan. Kami ini hanya dari NGO dan persendirian. Kami tidak mempunyai kerusi Parlimen," katanya merujuk kepada aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim.
Sementara itu, Hishamuddin dalam kiriman di blognya menyatakan rasa tidak senang dengan rayuan oleh pihak pendakwaan.
"Celaka, gua kena bangun pagi lagi pergi mahkamah Jalan Duta," katanya.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.