`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 20, 2015

Wan Ji Wan Hussin - "Jakim perlu ikut ajaran Islam" ??



The following article is taken from the Malaysian Insider here.   

Before I reproduce the article in full from the Malaysian Insider, allow me to make some qualifications.

JAKIM is the acronym for Jabatan Kemajuan Agama Islam.  It is a gomen department or jabatan kerajaan under the Prime Minister's Department or the Jabatan Perdana Menteri. 

JAKIM is staffed by Civil Servants aka kakitangan kerajaan. Their office hours should be from about 8:45 am until about 4:45 PM. I dont know what are their working hours. 
rolling laughter emoticon

JAKIM staff come to the office from Monday to Friday. Logically these should also be the days that they work  rolling laughter emoticon.

JAKIM staff are paid monthly salaries. They have job grades. At the age of 55 (or 60) they should retire. When they retire they get a pension, because they are civil servants. 

JAKIM staff are not angels. Just like the rest of us, they are human beings. And  none of them are saints.  This I know for a fact. Because there are no such things.

JAKIM is not  a "branch office" of Islam the religion. There is no such thing. It is just a gomen department, an administrative department.  

JAKIM does not hold the keys to heaven. They cannot because PAS already holds the key.  

With these qualifying remarks, lets read about Wan Ji Wan Hussin. Here is the guys picture:


 
 Wan Ji Wan Hussin

This young guy is quite a character.  In a very short time he has attracted a huge amount of the usual Third World type attention (from Police, prosecutors)  to himself.  If you Yahoo or Google 'Wan Ji Wan Hassan' you can read about him.  (Hint : He has gotten into trouble over his "30 year" plans to make Malaysia a 'republic').

Wan Ji Wan Hussin is a "bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS Selangor.

His comments here about JAKIM is useful information.  It confirms what I have been saying all along. These religious folks are at continuous loggerheads because what they have are opinions and interpretations of what they think is right or wrong. 

Very, very often what they think is right or wrong is not from Allah. It is their own interpretations and their own opinions. This is exactly what Wan Ji Wan Hussin is saying.

So please read Wan Ji Wan Hussin here.


Published: 17 January 2015 9:25 AM

“Sebilangan tujuan (syariah) ialah menjaga gambaran (imej) baik tentang Islam”, pesan Syaikh Dr  Abdullah bin Bayyah dalam satu kenyataannya. Walaupun pesanan ini ringkas, tetapi kandungannya amat penting. Jika diabaikan, ia boleh memberi kesan besar kepada sudut pandang manusia terhadap agama Islam.

Sepertimana diyakini dan dipercayai ramai penganut agama Islam, Islam hadir membebaskan manusia daripada kongkongan kejumudan. Tetapi, sering berlaku kejumudan di kalangan umat Islam

Ia berlaku bukan kerana sifat agama Islam, tetapi sikap sebilangan orang Islam yang tidak bertanggungjawab terhadap agama Islam.

Sikap jumud ini, menjadikan imej Islam makin calar. Lebih menyedihkan, imej buruk melekat dalam benak fikiran orang bukan Islam.

Memikirkan tentang perkara ini, kita akan nampak banyak tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh dianggap sebagai penyumbang kepada kecelaan imej agama Islam.


ini kerana, banyak pandangan Jakim tidak mempamerkan keluasan Islam seperti ajarannya yang sebenar, malahan bercanggah dengan prinsip asasi bagi agama Islam, seperti rahmat, kebijaksanaan, fitrah dan sebagainya. 

Ini dapat dilihat kepada beberapa kes-kes kendalian Jakim.  

Antara contoh adalah, tindakan Jakim yang menganggap salah, malahan menangkap seorang anak gadis Melayu bernama Maznah Mohd Yusuf (Chetz) atas dakwaan menghina Islam kerana memberi makan kepada anjing yang dikhabarkan berlaku pada Ramadan. 


Jika difikirkan, tindakan Jakim itu amat berbeza dengan ajaran hadis sahih. Iaitu, Nabi Muhammad ada menggambarkan seorang perempuan pelacur Bani Israel diampunkan dosa disebabkan dia memberi minum kepada seekor anjing yang dahaga. 
 
Dalam contoh yang lain pula, seperti isu pegang anjing. Dianggap salah tindakan itu dengan pelbagai kenyataan Jakim. Yang kelihatan, Jakim berpendapat memegang anjing itu sebagai haram. 


Dari sudut tradisi ilmu Islam, pendapat Jakim ini janggal. 

Ini kerana, dari sudut fiqh mazhab muktabar dalam sunni, dakwaan haram pegang anjing itu sendiri masih kabur. 

Lebih-lebih lagi tiada seorang pun ulama dalam mazhab empat menyatakan secara jelas pegang anjing itu sebagai haram. 

Yang wujud kekhilafan adalah kewajipan membasuh apabila menyentuh anjing, sepertimana yang popular dalam mazhab al-Syafie, sedangkan ada mazhab yang menyatakan tidak wajib, sebaliknya sekadar sunat saja, sepertimana popular dalam mazhab Maliki

Jika dibuka kitab-kitab fiqh sunni yang muktabar, kekhilafan bukan sekadar berlaku dalam isu membasuh apabila menyentuh anjing, malahan di kalangan mereka dalam isu membela anjing pada selain untuk berburu dan untuk menjaga kebun dan binatang ternakan. 


Ini kerana, Ibn Abd al-Bar daripada mazhab Maliki yang memandang ia sebagai makruh saja, walaupun tanpa dinafikan kebanyakan ulama (termasuk dari mazhab Syafie) menyatakan haram.

Jakim tidak boleh memaksa manusia mengikut pendapat kebanyakan ulama


Ini kerana, dalam banyak sikap JAKIM sendiri yang berdiam diri dalam beberapa perkara yang melibatkan pendapat yang tidak majoriti, seperti fatwa ulama terdahulu tentang alat muzik.

Ibn Hazm, boleh dikatakan antara ulama yang mengizinkan alat muzik, sedangkan ketika itu kebanyakan ulama mengharamkannya. Namun kini, pendapat Ibn Hazm itu diguna pakai.

Sudut pandang agama Islam Jakim lebih kelihatan canggung, apabila menteri yang mewakili Jakim pernah mengeluarkan kenyataan di Malaysia, yang diguna pakai adalah mazhab Syafie sebagai mazhab konsensus. 


Kenyataan ini amat bercanggah, kerana dalam banyak pengamalan fiqh di Malaysia tidak mengikut kepada mazhab Syafie. 

Contohnya seperti pembayaran zakat fitrah. 

Dalam mazhab Syafie, zakat fitrah tidak boleh dibayar menggunakan wang, sebaliknya perlu guna makanan rutin yang mengenyangkan. 

Pengamalan bayar zakat menggunakan wang mengikut pengamalan dalam mazhab Hanafi.

Dalam contoh lain, seperti hukum pemilikan tanah yang diteroka. Dalam kenyataan imam al-Syafie dalam al-Umm, pemilikan tanah yang diteroka tidak perlu mendapat keizinan pemerintah


Namun, pengamalan di Malaysia menggunakan cara pengamalan dalam mazhab Hanafi; iaitu mensyaratkan mendapat keizinan kerajaan terlebih dulu. 
 

Ataupun dalam contoh yang lain, seperti kewajipan membayar zakat pendapatan.

Tidak pernah wujud dalam fiqh tradisional mazhab Syafie tentang kewajipan zakat pendapatan

Tetapi difatwakan wajib diamalkan di Malaysia berdasarkan pendapat ulama kontemporari (seperti al-Qaradawi) yang beliau sendiri berhujah dalam isu kewajipan zakat pendapatan tidak kepada pendapat dalam mazhab Syafie.

Bukan sekadar itu saja, malah kini kelihatan ada satu persepsi yang seakan-akan dicipta,iaitu sebarang perkara yang datang dari Jakim seperti dianggap sebagai mewakili Islam.  Ekoran itu, mengkritik Jakim, seakan-akan mengkritik dan menghina Islam. 


Perlu dijelaskan di sana wujud perbezaan ketara antara Islam dengan badan agama Islam.Pandangan badan agama Islam, tidak semestinya agama Islam


Kerana pandangan badan agama Islam boleh jadi benar dan boleh jadi salah, sedangkan agama Islam tidak akan salah. 

Agama Islam bersumberkan wahyu, sedangkan badan-badan agama yang pandangan keagamaan mereka hanya bersifat mentafsirkan wahyu

Memandangkan wahyu itu hebat, diungkapkan dalam bahasa puitis dan dengan sasteranya yang tinggi. 
  • Apabila terlibat dengan kalam yang puitis dan sastera, sudah pasti memahaminya terikat kepada tafsiran. 
  • Apabila tafsiran, sudah pasti terikat dengan kemungkinan benar atau salah.  
  • Itulah yang ada pada badan-badan agama.
Jadi, 

  • mengkritik apa-apa yang berkaitan dengan Jakim, tidak bermakna mengkritik Islam;
  • mengkritik kandungan khutbah yang disediakan Jakim, tidak boleh dianggap sebagai mengkritik Islam; 
  • mengkritik sebarang keputusan Jakim, tidak boleh dianggap sebagai mengkritik Islam. 
Jika dianggap juga sebagai mengkritik Islam, sudah pasti Islam itu sudah punyai sumber agama selain Al-Quran dan hadis, sedangkan ini bercanggah dengan pesanan Nabi Muhammad.

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat  sampai bila-bila jika kamu berpegang dengan kedua-duanya; Al-Quran dan hadis”. (Muwatta’, hadis no : 3338)
 

Mengenangkan hal itu, melakukan kritikan terhadap Jakim satu perkara yang sihat

Ini kerana, ia boleh memberikan satu imej yang baik kepada Islam, iaitu manusia akan memahami kenyataan yang dikeluarkan Jakim itu tidak semestinya mewakili agama Islam

Sekurang-kurangnya ia melahirkan tanggapan Islam dan Jakim dua perkara berbeza.

Namun, kritikan terhadap Jakim, wajar dijawab oleh Jakim dengan ilmiah, bukan kekuasaan


Tindakan menggunakan kekuasaan untuk atasi kritikan, bukan sekadar boleh dianggap sebagai tidak bermaruah, malah tindakan yang tidak mengikut aturan Al-Quran

Ini kerana, Al-Quran mengajar konsep debat dan penghujahan yang terbaik.

Firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125:“Serulah manusia kepada jalan Tuhan kamu dengan kebijaksanaan dan debatlah mereka dengan cara yang paling baik”



Lebih-lebih lagi, tindakan Jakim menggunakan kekuasaan untuk atasi kritikan, tidak lebih sekadar memberikan gambaran buruk sudut pandang bukan Islam terhadap agama Islam. 
 
Firman Allah:“(Firaun itu) merendah-rendahkan (tahap akal) kaumnya agar kaumnya taat kepadanya. Mereka (kaum firaun itu) di kalangan orang fasiq.” (Surah al-Zukhruf, ayat 54)
 

Wallahualam. – 17 Januari, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/jakim-perlu-ikut-ajaran-islam-wan-ji-wan-hussin#sthash.YEhzNNNN.dpuf 


Ends



Ini adalah pendapat peribadi penulis Wan Ji Wan Hussin dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider, ataupun pandangan Blogger OutSyed The Box. Blog ini tidak setuju banyak cerita lama di sini yang saya tidak jelas dari mana sumber nya.

My comments :  This is typical of the religious people.  Alway arguing about this and that. Calling each other "less holier than me".  I always feel that religiou arguments like these always make people take leave of their senses.

To sustain these types of endless religious arguments the overarching principle must be "kita tidak boleh menggunakan akal dalam semua perkara".

This is their oxygen, their fuel to sustain their lives "kita tidak boleh menggunakan akal dalam semua perkara"

Why do you have to wash with mud if you touched a dog but you dont have to wash at all if a cat licked you? Tak boleh gunakan akal.

Why do you have to pay zakat with food products instead of cash?  Tak boleh gunakan akal.

Why do you have to pay zakat using cash?   Tak boleh gunakan akal.

Why do you have to obey the majority of the religious people?  Tak boleh gunakan akal.

Where is the guarantee that the majority is always right?  Tak boleh gunakan akal.

Folks, especially the very konpiused Muslims out there - this is typical ostard talk. 

Sat boleh, sat tak boleh, sat ada, sat tak ada. It goes on and on.

None of these beliefs are found in the Quran. None. 

For example nowhere in the literal Quran does it detail  zakat as an act of giving money or wealth in charity.  As a point of accuracy there is none in the Quran.  I have checked.

The Quran enjoins tons of charity. It is called sadaqah (sedekah) and nafqah (nafkah). And it is detailed. 

The literal meaning of zakat as per the Quran is "to purify".  

In the Quran there is certainly no mention of paying 2.5% zakat every year on anything at all. As a point of accuracy there is none in the Quran.  

However the ostards have worked out detailed hair splitting arguments on issues like these. You can read some of them above. Their hair splitting arguments are NOT  "divine" teachings.

So dear konpiused Muslims - before you decide to go to some desert and blow yourself up in jihad,  or before you label your neighbour, your friend, your own family members, you relatives etc as sesat, deviant or kafir please just bear this in mind : Tak boleh gunakan akal

If you have time, read the above article again - written by Wan Ji Wan Hussin.   I dont give a hoot about this article.  

This is evidence enough how the Muslims start fighting and hating each other. Then from there they start hating other people.

Siapa musuh Islam sebenarnya? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.