`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 2, 2015

Isu Aduan GST : Ahmad Maslan Malu Dikantoikan Hasan Malek - Adakah Ahmad Maslan Menipu Di Parlimen?


Niat di hati nak rasa bangga dan mewar-warkan perkara tersebut kepada rakyat marhaen. Mesti ada pemberita pickup punya. Almaklumlah isu GST kan tengah panas. Kononnya sedikitnya jumlah aduan yang diterima membuktikan GST yang bermula pada semalam berjalan dengan lancar dan cemerlang. Setakat 800 aduan dengan jumlah penduduk yang mencecah 30 juta orang apa la sangat. Biasalah ada silap sana sini. Itu semua boleh diperbaiki dan diperbetulkan dari masa ke masa.

Kata Ahmad Maslan. Dia agak terkejut kerana aduan mengenai GST hanyalah sekitar 815 (yang terkumpul). Berkata kepada Sapawi Ahmad Wasali (wakil rakyat BN-Sipitang) dalam persidangan parlimen ketika sesi soal jawab, dia tak expect akan menerima aduan dalam jumlah tersebut kerana pada sangkaannya, aduan akan mencecah 8,000, 18,000 atau 80,000 sebaliknya hanya menerima 815 ketika ia direkodkan.

Namun kenyataan Ahmad Maslan itu tak semena-menanya disangkal oleh Hasan Malek. Secara tidak langsung. Mungkin tak sengaja dan dia tidak tahu bahawa Ahmad Maslan pada awalnya dah terlebih dahulu menjawab persoalan tersebut di parlimen. Apa yang Hasan Malek buat ialah dia berkata kepada pemberita, aduan terkumpul mengenai GST sehingga semalam (baca betul-betul ya, sehingga SEMALAM, so agak mustahil untuk Ahmad Maslan misinformed tentang angka tersebut) mencecah 23,000 aduan.



Angka jauh meleret dari apa yang didedahkan oleh Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan bercakap di parlimen wei.


Ahmad Maslan bukan buat kenyataan di luar parlimen tapi dalam dewan sedangkan di parlimen kita hanya perlu menjawab tentang fakta. Bukan sesuatu yang tidak sahih apatah lagi sesuatu yang auta.

Ini membuktikan yang Ahmad Maslan bukan sekadar kantoi bahkan menipu lagi di parlimen.

Itupun nasib baik Hasan Malek yang kantoikan penipuan Ahmad Maslan.

Persoalannya, ini bukan kali pertama Ahmad Maslan kantoi menipu dalam parlimen. Dan satu lagi, apa la hal-hal lain yang Ahmad Maslan turut menipu di parlimen dan luar parlimen agaknya tanpa kita sedari?

Jeng jeng jeng..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.