Kejutan Buat Umno. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendesak pihak berkuasa menyiasat ahli perniagaan Jho Low, yang baru-baru ini memberitahu majalah perniagaan Euromoney bahawa “orang-orang Umno pakar putar belit”.
Menulis di Twitter, Khairy berkata Pemuda Umno menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu siasatan dibuat terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Low.
Tweet itu turut memaparkan muka depan The Edge Financial Daily hari ini, yang memetik Low membuat kenyataan sama.
Wawancara itu dijalankan oleh Euromoney untuk keluaran April.
Kejutan Buat Umno
Low memberitahu Euromoney, walaupun 1MDB mendapatkan nasihatnya dalam hal tertentu, beliau tidak mendapat manfaat dan tiada peranan langsung dalam syarikat itu.
Kata-katanya, satu-satunya kaitannya apabila beliau membantu menubuhkan Terengganu Investment Authority (TIA) – sebelum berupah kepada 1MDB.
Jho Low berkata beliau turut menjadi sasaran dalam cubaan mengubah perhatian daripada keputusan teruk dibuat syarikat itu.
“Saya sangat kecewa... Saya tak pernah hadapi serangan sebegini daripada segenap penjuru. “Ini gila, dan orang Umno ini pakar putar belit, mereka tahu semua ini mengarut,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.