`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 11, 2015

Sikap Haji Hadi Semakin Jelas, Mahu Bawa PAS Keluar Pakatan Rakyat


PAS sambut baik usaha kerajaan menentang keganasan

PAS menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lepas, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, meskipun terdapat beberapa perkara teknikal yang parti tidak bersependapat dengan kerajaan, namun PAS tidak menafikan akan keperluan undang-undang berkenaan bagi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

"Kami bersatu dalam menentang keganasan, kami tidak mahu keganasan diimport ke negara kita ... kami menganggap apa yang dicetuskan (keganasan) di negara lain tidak sesuai dengan ajaran Islam.

"Kami tidak nafikan perlunya undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen (Dewan Rakyat). Ini tanggungjawab bersama," katanya pada sidang media di Rusila di sini hari ini.

Berhubung penangguhan pembentangan Rang Undang-undang persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke sesi Dewan Rakyat akan datang dijadual pada Mei, Abdul Hadi berkata, beliau berpuas hati kerana perkara itu telah dipersetujui sebulat suara selepas satu perbincangan diadakan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, PAS bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal sebaliknya bersedia mengikut giliran yang telah ditetapkan kerana percaya agenda negara khususnya melibatkan isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan pada masa ini.

"Saya juga dimaklumkan bahawa ada menteri yang membuat kenyataan di Parlimen bahawa akan dipanjangkan perkara ini dalam sidang akan datang. Maka, sebab itu, kami tak perlu tergesa-gesa dalam hal ini," katanya.

Jelas Abdul Hadi, beliau turut berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh anggota Parlimen yang beragama Islam termasuk UMNO dalam perkara itu dan menganggap penerimaan terhadap hukum berkaitan Islam semakin baik berbanding dahulu.

"Keadaan sekarang tidak seperti tahun 50-an dulu. Tahun 50-an dulu, orang memomokkan undang-undang Islam ini. Tapi, perkara ini dah dianggap sebagai ilmu sejak tahun 70-an hingga hari ini termasuk berlaku perbincangan dalam UMNO dan MCA juga menganjurkan seminar hudud walaupun ada kekalutan. Tapi, itulah, dia (MCA) berjaya anjur secara akademik, secara ilmu dan ini satu perkara yang sangat positif," katanya. – Bernama

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Haji Hadi memaparkan sikap sebenar yang nampaknya jiwanya lebih hampir kepada UMNO BN daripada Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat telah mengundi untuk menolak POTA kerana ia adalah jelmaan ISA yang mengizinkan penangkapan tanpa bicara.yang bertentangan dengan Islam.

Sejarah membuktikan bahawa kewujudan ISA dulu telah menjadi lesen terbesar bagi pihak kerajaan untuk menjustifikasikan bahawa pihaknya sentiasa benar, alasannya untuk memelihara ketenteraman awam atau kepentingan rakyat. Dalam masa yang sama kerajaan memiliki super power untuk menekan suara kedua atau pendapat alternatif yang cuba dibangkitkan oleh sejumlah rakyat, yang tidak mampu dijawab dengan memuaskan oleh kerajaan. Sedangkan rakyat yang memerhati dapat memahami bahawa ‘ketenteraman awam atau kepentingan rakyat’ yang dilaung-laungkan itu, dalam banyak keadaan adalah ketenteraman dan kepentingan politik dan kedudukan pihak kerajaan sendiri iaitu UMNO BN.

Menteri KDN, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa POTA tidak akan disalahgunakan - tetapi apa jaminannya? Sedangkan ISA dulu pun dikatakan oleh kerajaan tidak akan disalahgunakan, tetapi berapa banyak kali ia disalahgunakan untuk menangkap dan menekan suara pembangkang termasuk ppara pemimpin PAS?

Maka terlalu malang apabila Presiden PAS memgambil sikap menyokong malah memuji POTA berkenaan. Beliau menyatakan bahawa "undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen" sedang beliau sendiri TIDAK HADIR untuk membahaskan undang-undang berkenaan. Setelah ahli-ahli parlimen PR berhempas-pulas menentang RUU POTA berkenaan, tiba-tiba Haji Hadi mengeluarkan kenyataan menyambut baik RUU berkenaan.

Kedua mengenai isu RUU Persendirian menegenai hudud. Tiba-tiba hari ini Haji Hadi membuat U-Turn menyatakan PAS bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal. Siapa yang sebenarnya yang sebelum ini terburu-buru hendak membantangkan usul itu di dalam sesi ini kalau bukan beliau sendiri? Malah beliau dilaporkan pernah hendak bertemu Najib bagi mempercepatkan pembentangan sul berkenaan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang berusaha menemui Datuk Seri Najib Razak sebelum sidang Dewan Rakyat yang bermula jam 10 pagi esok, bagi membolehkan rang undang-undang persendirian yang dibawanya ke Parlimen dapat dibentangkan pada sesi kali ini, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Ketua sekretariat tetap hudud Kelantan itu berkata, presiden PAS itu sedang menunggu kemungkinan bertemu Najib sama ada malam ini atau esok pagi memandangkan esok merupakan persidangan hari terakhir mesyuarat pertama penggal ke-3 Parlimen ke-13 yang sedang berlangsung ketika ini.

Usaha Hadi itu ialah bagi membolehkan rang undang-undang persendirian itu, yang kini berada di kedudukan terakhir aturan urusan mesyuarat Dewan, diangkat ke kedudukan yang membolehkan ianya dibentangkan di dalam Dewan esok. -petikan TMI 8/4/2015

Kita sudah menyatakan lebih awal bahawa kita tidak perlu terburu-buru di dalam soal hudud. Banyak hal perlu diutamakan terlebih dahulu dan dalamasa yang sama penerangan dan pendidikan terutama kepada bukan Islam adalah lebih patut didahulukan daripada bebrgegak-gempita mahu melaksanakan undang-undang tersebut.

Kini hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Haji Hadi akur dengannya.

Nampaknya Haji Hadi sudah mahu membawa PAS semakin jauh dari Pakatan Rakyat sekalipun muktamar PAS bertahun-tahun membuat keputusan mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Apa yang dilakukan Haji Hadi lebih lebih kepada mempurkukuhkan UMNO BN dan benarlah kenyataan kita sebelum ini bahawa Hadi Akan Diingati Sebagai Penghancur Pakatan.

1 comment:

  1. tHANK YOU HADI, YOU TEACH ME TO BE A FENCE SITTER AGAIN. mU NGANG DENGANGGG AGENDA KERA JAANG PERPADU$ WANG MU, DULU, KINI DAN SELAMANYA AKU DAH TAHU GORENGANMU GUNA HUDUD UNTUK SELF INTEREST POLITICAL MILEAGE BAGI MMENGEKALKAN MENGEKALKAN KEDUDUKANMU. LA NI AKU NAKKEMBALI BALIK KE UMNGOK, BUSUK BUSUK UMNGOK PUN MASYUUKKK ! NGAN HANGPA HABIS DUIT DAN MASA AKU. FROM NBOW ON MONEY TALK.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.