`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 16, 2015

Sokongan untuk PM Najib, DR Mahathir dan Jho Low


 

Tahniah lah kita dengar Ahmad Maslan merancang buat roadshow raksasa mengenai GST di Permatang Pauh. Saya suka Ahmad Maslan. Dia budak cerdik. Ada CGPA 3.8.

Ahmad Maslan + GST= resipi BN kalah. Gerenti orang lagi marah dan membawa kecundang kepada BN.

Kita pun dah dengar suara2 kalah dari kem BN- kita akan lawan sampai akhir ini kerusi Permatang Pauh. Ini cakap sudah pasrah dan redha dengan kekalahan yang akan menimpa.

PRK ini akan memberi peluang kepada kem PR untuk menerangkan mengenai GST dan keadilan. Bukan itu sahaja- boleh terangkan FGV, SRC, Pembinaan BLT, MRT, dan skendel2 ekonomi yang kerajaan Najib lakukan.

Saya lihat ketua pemuda dan beberapa orang pemimpin UMNO lain kutuk Jho Low. Ada yang membayangkan- tangkap apek itu. Hai- ini business partner PM- berani kamu perlakukan demikian kepada si apek itu? 

Nampak sangat Pemuda UMNO ini blur mengenai isiu ini. Itu sebab saya katakan- orang beritahu saya, Najib adakan penerangan atas dasar on the need to know basis dan Pemuda UMNO do not need to know much. Mereka hanya tahu menjulang Najib dan kalau terlepas, jatuh berdebab atas lantai konrit.

Selepas julang Najib, suruh tangkap dan kutuk Jho Low. Sila Pemuda UMNO dan UMNO lain sedar perkara ini- hari ini, setakat ini, jam ini, saat ini Jho Low itu Najib dan Najib itu Jho Low.

Berani awak semua kutuk Najib? Apa punya strateji ini.  Pemuda UMNO patut sokong Ayahanda Mahathir. Che Det terbaeek.

Bercakap mengenai Dato Najib- apa saya nak katakan lagi? Macam orang Pekan Pahang kata- dari Kg Merchong  ke kem Batu 9, - padan muka awok Najib.

Sebab apa? Dalam perkelahian Najib dengan Mahathir- Najib dapat sokongan dari sebahgian ketua bahagian, sebahagian pemuda UMNO, sokongan bersyarat dari puteri dan sokongan mulut dari wanita UMNO. Pendek kata, Najib dapat sokongan dari UMNO diatas kertas.

Tapi, jikapun  semua ahli UMNO undi UMNO- UMNO tidak akan menang. Apa UMNO hendak buat bila bangsa bukan Melayu tak sokong UMNO, orang Melayu pun meluat pada UMNO dan peneroka Felda sedar mereka telah dianiayai?

Sokongan kepada Dr Mahathir pula macam mana? Dia kata dia keseorangan. Tapi kalau kita tanya 10 orang, 11 orang  kata mereka sokong Dr Mahathir. Rata2 rakyat sokong Dr Mahathir. Sebab mereka boleh relate dengan apa yang Dr Mahathir tanya.  

Dr Mahathir tanya dimana wang 1MDB itu? Kenapa bayar USD700 juta kepada Jho Low? Kenapa bayar USD 20-25 million kepada pak Arab? Mengapa kerajaan tak simpan duit dari Cayman Islands di bank Malaysia? Itu duit kerajaan dan Dato Najib kan PM dan menteri kewangan- jadi apa pasal letak wang tersebut di Singapura?

DR Mahathir tanya apa pasal tak boleh bayar hutang? Kalau ada cash flow atau aliran tunai yang positif, kenapa tak boleh bayar? Kenada tak jual sedikit assets kalau cakap besar kita ada asets. Kenapa kena pinjam dari Ananda Krishnan?  Apa pasal menteri kewangan beri hampir RM1 billion kepada 1MDB. Mula2 kata standby credit, kemudian telah digunakan.

Isiu sekarang- betulkah apa yang kerajaan cakap ini? Sekarang isiu nya ialah orang percaya ke kepada Najib dan BN? Jawapan nya orang tak percaya.

Nilai asset 1MDB ialah RM51 billion. Nilai tanggungan dan hutang ialah RM49 billion. Ini jawapan yang diberi secara bertulis kepada saya oleh menteri kewangan dalam parlimen.

Dr Mahathir sebut- nilai asset akan turun tapi nilai hutang dan tanggungan akan naik. Hutang sebanyak RM46 billion kena bayar. Faedah kena bayar. Bon sudah sampai waktu matang. Asset tak boleh dicairkan cepat. Kalau buat forced sale akan turun harga.

Ertinya, negara akan tanggung. Kerajaan kena guna duit perbendaharaan untuk bail out. Rakyat marah kalau kita belanja keatas kerajaan yang boros dan berbohong. Orang kata- ini kerja binawe- pinjam untuk bayar kos operasi. Orang pinjam untuk development dan pembangunan. 1MDB dah insolvent!

Jadi rakyat semua sokong Mahathir. Malam tadi saya tanya orang biasa- mereka kata hidup Mahathir dan ….pos Najib. Jika PM Najib dengar rintihan rakyat- Dato Najib akan pengsan.

GST membawa musibah kepada rakyat. Takde seorang pun yang saya cakap malam tadi ada perkara baik untuk cakap mengenai GST. Semua orang kena bayar harga yang tinggi. Caj perkhidmatan yang dikenakan oleh restoren dan pembekal perkhidmatan yang lain terus dikenakan. Sebab caj ini dikutip oleh perniagaan bukan oleh kerajaan. Kerajaan telah tipu rakyat. Kita masih terus bayar GST 6% dan caj perkhidmatan 10%.

Dr Mahathir tanya mengapa kenakan GST sedangkan pemimpin kerajaan hidup mewah? Dr Mahathir kata zaman dia tak caj GST pun boleh membangunkan Malaysia.

Orang dah bercakap secara terang berapa Dato Najib dan isteri belanja anak mereka kahwin. Saya tak hendak komen hal ini. Orang cakap mengapa beli jet satu lagi sedangkan kita dah ada 6 buah. Kenapa tak beli terus –mengapa sewa dan pajak dari satu suyarikat.

Dr Mahathir tanya siapa arah bunuh altantuya. Dia tak tanya sama ada Dato Najib buat sumpah atau tidak. Soalan nya mudah. Siapa beri arahan kepada 2 polis yang bertukar jadi pembunuh upahan ini?

Banyak lagi DR Mahathir tanya dan rakyat sokong.

Saya pula ingat Dr Mahathir mahu selamatkan Malaysia dari bencana kepimpinan yang lemah dan tidak amanah dan jujur. Tapi rakyat akan sokong DR Mahathir lebih jika Dr Mahathir endorse Tengku Razaleigh jadi PM- interim atau apa. Rakyat ramai yang anggap the most qualified person to govern Malaysia hari ini ialah Tengku Razaleigh.

Saya banyak kali sampaikan kepada The Oracle of Syed Putera atau dahulu Jalan Lornie supaya memberitahu DR Mahathir- biarlah dia bury the hatchet dan berdamai dengan Tengku Razaleigh untuk selamatkan Malaysia. Ini langkah redemption yang boleh Dr Mahathir buat. Semua rakyat akan terhutang budi dengan Dr Mahathir jika berbuat demikian.

Catatan mutakhir:

Ada orang memberitahu saya Jho Low akan kembali ke Malaysia. Dia kata dia tak takut untuk berdepan dengan rakyat Malaysia. Dia kata dia akan beritahu.Dia kata mustahil lembaga pengarah 1MDB terdiri dari orang tongong.

Apa pemuda UMNO hendak buat jika JHo Low beritahu dia hanya menerima arahan dan duit USD700 juta dan billion2 lain itu bukan untuk dia seorang. Saya hanya berdoa tidak adalah orang akan bersumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi- sumpah dia tak kenal Jho Low dan Riza Aziz.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.