`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 21, 2015

SUDAH KANTOI ... DEMO ANTI SALIB TAMAN MEDAN MELIBATKAN BEBERAPA PEMIMPIN UMNO PERINGKAT CAWANGAN .... MANA MAU LARI HAAA????????









Ini gambar apa cerita beb??????? .... Siap ada mesyuarat dan PERHIMPUNAN MEMBINCANGKAN PEMBANGUNAN GEREJA DI KAWASAN TAMAN MEDAN ... ada backdrop lagi tu. .. ertinya memang dirancang bukannya dilakukan secara spontan. 

Antara mereka yang dikenal pasti duduk dimeja utama dalam perhimpunan/mesyuarat ini ialah Datuk Samin Sarmin, Puan Munaliza Hamzah, Datuk Abdullah Abu Bakar (abang KPN) dan Sdr Dazma Shah Daud. 

Datuk Abdullah Abu Bakar yang didakwa terlibat dalam protes membantah salib di sebuah gereja di Taman Medan semalam menafikan telah mengetuai protes tersebut mahupun terlibat dengannya. 

Beliau berkata dakwaan tersebut dan juga dakwaan yang mengatakan beliau adalah ketua kampung, adalah tidak benar sama sekali. 

“Tidak benar… saya bukan ketua pendemo. Tak ada sesiapa yang jadi ketua pendemo pun. Saya pun tidak tahu dari mana mereka dapat idea itu… dan sekarang dah jadi viral,” tegas beliau. 

Menurut Abdullah, beliau hanyalah bertindak sebagai orang tengah kepada penduduk Taman Medan berkenaan bagi meredakan kemarahan kumpulan yang membantah gereja tersebut. 

Selain itu, beliau yang juga Ketua Cawangan UMNO Cawangan Taman Lindungan Jaya, menafikan bahawa protes tersebut bermotifkan politik seperti yang didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Taman Medan, Haniza Talha. 

Dengan bukti bergambar ini apakah masih berpegang kuat kepada kenyataan UMNO tidak terlibat seperti dinyatakan oleh Noh Omar????? 

Manakala wanita yang dilihat memegang playcard ketika demo adalah Munaliza Hamzah, bekas calon UMNO untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan pada 2008 tapi tumpas kepada calon PKR YB Haniza Talha. 

Helo Noh Omar .. lagi mau nafi kah??????? ... terimalah kenyataan memang beberapa pemimpin UMNO tempatan terlibat aktif .. mungkin tanpa pengetahuan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, tapi yang pasti memang beberapa pemimpin UMNO Cawangan terlibat secara terus siap ada mesyuarat dan perhimpunan bincang demo yang mau diadakan.-Omakku

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.