`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 13, 2015

The Brave Master and the Cowardly Disciple.



Pada dasar nya, isiu Dr Mahathir dengan Najib ialah isiu antara tok guru dengan anak murid atau disciple yang tidak ada disiplin. atau lebih tepat, anak murid yang cowardly. 

Kita ada ketua pemerintah yang segala keputusan nya di control oleh orang lain. Dan orang lain ini mungkin orang terdekat atau pun negara lain.  Boleh jadi ketua pemerintah was caught redhanded atau negara lain mempunyai maklumat rahsia tentang nya. 

Kesannya, kita ada pemimpin yang tidak mampu berfikir secara merdeka dan tidak berani membuat keputusan. 

Seorang ketua yang keputusan nya tidak difikir dan dibuat olehnya sendiri, tidak boleh memerintah negara.  Tun Razak mendengar nasihat dari rakan kabinet, tapi berani buat keptusan akhir. Dr Mahathir dalam bab ini, seorang yang legendary. Dalam banyak hal, dia buat keputusan sendiri dengan berani. Churchill kata- of all the characteristics required of a leader, bravery is the most important. lawan kepada bravery ialah cowardly.

Orang dan penyokong UMNO tak tahu macam mana nak handle serangan Dr Mahathir. Contoh: Utusan Malaysia- lidah rasmi UMNO memberi amaran bahawa politik Melayu dalam bahaya, jika seranagan keatas Najib tidak dihentikan.

Tak betul itu. Yang dalam bahaya ialah politik Najib dan politik UMNO sahaja. Majoriti orang Melayu terkesan dengan dasar2 musibah yang dilaksanakan UMNO. Menyingkirkan UMNO dan Najib bererti menyingkirkan punca dan penyebab dasar yang merugikan Melayu.

Yang membela kepentingan yang lebih besar orang Melayu ialah mereka yang bersuara dan mendedahkan kebejatan yang dilakukan oleh UMNO sebagai pemerintah. Dan orang2 ini dan suara2 ini mahu dikekang oleh UMNO dengan undang2 yang zalim seperti akta pencegahan keganasan dan akta hasutan serta undang2 zalim yang ada.

Sebetulnya, undang2 yang ditadbir oleh mahkamah sudah cukup untuk melindungi negara dan lawan keganasan ialah tentera yang kuat. Sebab keganasan ialah perperangan dan yang tukang perang ialah tentara bukan polis.

Jika UMNO kalah, kesan negative dasar2 itu akan hilang. Yang melindugi orang Melayu ialah undang2 yang dijaga oleh penggubal undang2 dengan teguh dan dilaksanakan oleh mahkamah yang adil. Masa depan orang Melayu tidak bergantung pada UMNO.

Bahkan jika UMNO jadi pembangkang- lagi baik untuk orang Melayu. Sebab mereka tahu dimana lubang dan salah yang mesti betulkan. Kerajaan yang ambil alih tempat UMNO hari ini, akan sentiasa diasak oleh UMNO jika menyimpang dari membela oang Melayu.

Seperti satu prinsip dan faedah berpuasa- disiplinkan diri untuk tinggalkan apa yang biasa kita buat supaya kita tambah sihat dan baik- maka serupa juga dengan urusan politk- disiplinkan diri dengan meninggalkan kebiasaan menyokong UMNO supaya kita dapat masa depan yang lebih cerah.

Walaupun UMNO parti terbesar orang Melayu- dia tidak mewakili orang Melayu. Cuba lihat berapa undi yang UMNO dapat dalam PRU13? Ia dapat 3.2 juta undi seluruhnya. Jka semua itu undi orang Melayu( yang mustahil), angka itu bukan majority orang Melayu.

total pengundi Melayu pula ialah 60% dari 11 juta pengundi iaiatu 6.6 juta. Ertinya 3.4 juta orang Melayu tidak mengundi UMNO. Maka jika jumlah pengundi Melayu lebih dari 60%- katalah 65%- wah- ini bermakna, lebih ramai orang Melayu tidak undi UMNO.

 Jadi politik siapa yang musnah? Politik UMNO dan masa depan politik Najib sendiri.

Bila Dr Mahathir beri amaran bahawa dunia akan lingkup jika Najib tidak berundur atau diundurkan- ia nya mengonfirmkan bahawa UMNO selama ini memang haprak. Seperti kata Dr Mahathir UMNO is all about the money. 

Dibawah Najib ianya paling teruk.

Kita boleh lihat dua broad trends berlaku dibawah Najib. Pertama ialah, melalui akta2 undang2- kerajaan menjenayahkan atau criminalise semua orang. Kedua- melalui akta juga, menubuhkan suruhanjaya, syarikat, dan seumpamanya untuk menyedut duit negara secara sahih.

Semenjak Najib, kita ada POCA, POTA, akta hasutan, CPC dan sebagainya. Dibawah Najib kita ada 1MDB, FGV, SRC dan nanti, CAC- Civil Aviation Commission.

Grup pertama ialah akta2 yang menjenayahkan rakyat. Grup kedua ialah ciptaan yang menyedut dan membelasah duit rakyat.

Kita sakit hati sebenarnya dengan Dr Mahathir. Sebab most of the times, he is correct. Saya harap kita dapat tahu dari Dr Mahathir sendiri, apakah yang dicakapkan antara Dr Mahathir dan Pak Lah dan Dr Mahathir dengan Najib, yang menyebabkan kemudiannya, Dr Mahathir ada sahaja alasan untuk menyingkirkan mereka.

Could it be, that these unprepared and cowardly leaders are missing the bigger picture and instead were too enmeshed in their own devices? Saya harap dapat bertanya dengan Dr Mahathir nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.