`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 12, 2015

Bayar Saman Dalam Masa 2 Minggu Atau Bersedia Ditangkap - Amaran Polis Kepada Pesalah Trafik.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula mengesan dan menangkap pesalah trafik yang masih mempunyai saman dan waran tangkap minggu depan, di bawah pelaksanaan Operasi Waran Tangkap (Op Warta).
Ketua Trafik PDRM SAC Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, pihak polis sebelum ini memberi tempoh 2 minggu kepada orang ramai untuk tampil membayar saman mereka yang tertunggak.
“Masih terdapat sebilangan besar yang belum mengambil langkah menyelesaikan waran tangkap dan saman mereka.
“Sehingga semalam, rekod kami menunjukkan hanya 18,260 saman yang berstatus waran tangkap diselesaikan. “Saya menasihatkan golongan ini supaya berfikiran bijak dengan mengambil peluang yang kami beri untuk menyemak dan membayar saman mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fuad berkata, bermula minggu depan, pegawai dan anggota cawangan trafik akan menjalankan tugas menjejaki dan menangkap pesalah trafik yang masih mempunyai waran tangkap.
Katanya, pesalah trafik perlu merebut peluang yang diberikan polis berbaki tiga hari lagi bagi membayar saman yang tertunggak. “Saya memberi amaran kepada mereka supaya segera menyelesaikan saman ini. Jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil untuk membawa mereka ke mahkamah.
“Sekiranya mereka tidak memberi kerjasama sepenuhnya, prosedur tangkapan akan dibuat termasuklah tindakan menggunakan gari ke atas mereka,” katanya. – TMI.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.