`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, May 31, 2015

Bermula 12.01 Pagi Tadi Harga Minyak Naik 10 sen Seliter.

 BERKUAT kuasa hari ini harga semua jenis minyak naik 10 sen seliter. – Gambar hiasan

PENGGUNA
KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, dengan pengumuman itu harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).
 
"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
 
Kali terakhir kenaikan harga minyak ialah pada bulan Mac lalu apabila kerajaan mengumumkan harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 25 sen seliter berdasarkan kaedah pengapungan terkawal.
 
Kenaikan itu menjadikan harga runcit yang ditetapkan bagi RON95 ketika itu RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) manakala diesel (RM1.95 seliter). (Kosmo!)

No comments:

Post a Comment