`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 13, 2015

Dr Mahathir masih simpan peluru akhir untuk "kill" Najib?

Jika diumpamakan gempa bumi yang melanda "negeri" Najib Razak kini, ia berlaku dalam skala Richter yang besar juga yang boleh menghasilkan tsunami. Kedudukan Najib kini bergoyang dan segala isu yang dimainkan memeningkan perdana menteri itu. Ada petunjuk dan lakar wajah yang beliau dalam kerisauan dan isterinya juga loya-loya bukan kerana hamil.
Mahathir masih ada peluru.
Sokongan yang diminta dari rakyat, pimpinan dalam parti Umno, badan-badan bebas atau atau NGO pengampu, atau pun jeritan sokongan oleh pemimpin tertentu, serta laungan sokong menteri musang berjanggut, tidak memberi kelegaan sebenar kepada Najib.

Najib boleh tidur tetapi lenanya tidak ada. Kaki dan tangannya sering tersentak. Dan pertanyaan selama mana dia akan bertakhta di kerusi PM sering bermain dalam kepalanya. Waktu ini Najib sedang mencari detik dan tarikh keramat untuk bersara.

Mesyuarat MT Umno semalam yang didakwa telah menyatakan sokongan padu kepadanya, hanya sebuah lakonan sementara sahaja atau kain langsir yang carik yang tidak dapat memagari permasalahan dalam Umno seluruhnya. Mesyuarat dan dakwaan kononnya ahli Umno berdiri di belakangnya hanya ilusi semata-mata. Najib kini bersadar kepada penyokong yang membawa rebah.

Perhimpunan 11 Mei sempena ulang tahun kelahiran Umno malam tadi juga tidak membawa apa-apa makna dan erti kepda Najib dalam keadaan goyah dan goyang begitu. Ahli Umno melaung "sokong, sokong" tetapi hati mereka berbelah bahagi. Isu-isu semasa yang didedahkan bukan saja merungsingkan Najib tetapi memalukan sekalian ahli Umno.

Serangan akan terus ditala kepada Najib. Untuk beberapa hari ini sementara Dr Mahathir Mohamad berada di Makkah, memberi sedikit kelegaaan dan peluang kepada Najib. Dengan waktu tersisa, bolehlah Najib menyusun langkah dan strategi untuk berdepan dengan serangan kepadanya. Mana-mana fail sulit yang tersimpan di pejabatnya bolehlah dilupuskan atau dibawa keluar sebelum kiamat berlaku.

Saya mengira Dr Mahathir tidak akan berhenti. Pemergiannya ke Makkah bukan menimbulkan keinsafan untuk bersalaman dan memaafi Najib dan mendamaikan Umno. Dr Mahathir masih ada peluru terakhir untuk dicampak kepada Najib. Peluru ini merupakan paku terakhir keranda Najib.

Apakah peluru itu? Saya tetap yakin ianya adalah berkaitan dengan isu Altantuya Shaariibbu. Satu masa sebelum Abdullah Ahmad Badawi turun dari kerusi perdana menteri, Mahathir ada menerima laporan lengkap mengenai isu Altantuya daripada salah seorang kuasa usaha Mongolia. Mahathir mulanya bercadang akan gunakan laporan itu untuk menjatuhkan Abdullah, tetapi Abdullah bertindakan awal mengelakkan laporan itu diedahkan dengan mengambil keputusan berundur.

Selain Mahathir, ada dua lagi person dikatakan menerima laporan berkenaan. Bagaimana pun laporan yang dianggap akurat mengenai tragedi itu tidak pernah didedahkan.

Apakah peluru terakhir mengenai Altantuya itu merupakan laporan berkenaan? Sekiranya Mahathir mendedahkan laporan ini, ia bukan sahaja mengheret Najib Razak, tetapi ia juga akan berkaitan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan seorang bekas kuasa usaha Mongolia berasal dari Malaysia itu. Kisah Altantuya tidak akan pernah ada kesudahan, kerana Altantuya masih hidup?

Kita tunggu dan Mahathir seperti juga Anwar Ibrahim tidak akan pernah mengaku kalah dan tidak pernah mengaku salah. [wm.kl.9:17 am 12/05/15]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.