`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 6, 2015

FELDA DULU.... FELDA SEKARANG...

 Esok saya akan tulis surat kepada Isa Samad. Anda mesti berundur. Anda tipu peneroka dan kakitangan FELDA. Anda kejam kepada pegawai-pegawai kanan FELDA yang berkhidmat lebih 30 tahun dengan FELDA. Dato Zulkefli Wahab (bos no 1 FELDA dibuang). Dato Sarchu Sawal (bos no 1 Koperasi Permodalan FELDA KPF dihentikan), Mohamad Ibrahim bekas no 2 FELDA, Dato' Faizol Ahmad (Pengarah Besar FELDA) yang mengampu kamu pada awalnya pun dibuang dari FELDA. Kamu Isa Samad baru 4 ke 5 tahun masuk FELDA jadi pengerusi, huru-hara FELDA.
 KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik no 1 di Malaysia. No 20 di dunia. Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA. Dividen tahunan melebihi 15 peratus. Lebih tinggi daripada Tabung Haji. Zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh beri 10 peratus dividen. Saham KPF 1996 hanya RM200 juta. Namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion. Mengusai pelaburan FELDA Holding sekitar 50 peratus. Dengan licik dan kejam, Isa Samad berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV. Bila merudum FGV, maka KPF juga terkesan. Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini.
Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV. Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung. Diberi dividen. Walhal peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama. Bermakna bukan hasil dividen keuntungan FGV. Kamu tipu peneroka sehingga mereka terpaksa dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada.
Belum lagi dibahaskan hal tanaman semula yang menyebabkan peneroka menanggung hutang baru lebih 100 ribu. Pengurusan ladang yang buruk menyebabkan semak dan hasil berkurangan. Pembayaran wang pendahuluan hasil setiap minggu yang lewat daripada jadual biasa kerana ketiadaan duit. Rumah generasi kedua yang mahal dan sukar dimiliki. Penyelewengan dalam anak syarikat FELDA melibatkan kroni Isa Samad dan ahli politik katak yang melompat dari PR ke BN. Tunggu satu persatu akan didedah.
Isa Samad. Masa anda sudah tamat. Anda perasuah yang membeli undi untuk menang Naib Presiden UMNO. Anda rosakkan FELDA Sendayan dan LBJ dengan janji palsu jadi jutawan ketika anda menjadi MB Negeri Sembilan. 4 ke 5 tahun di FELDA, anda jahanamkan FELDA. Letak jawatan. Mesti disiasat dan hukuman mesti dilaksanakan. Najib juga tidak terlepas. Anda yang melantik Isa dan merestui kerja Isa. Setelah Tun Abdullah Badawi batalkan penyenaraian FELDA dizamannya, Najib melaksanakannya pada zaman beliau. Rosak. Cukup dan cukup.

Bersambung...


Mohd Nasaie Ismail

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.