`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 15, 2015

Kejadian culik di Sandakan, polis tak tolak militan terlibat

Image result for Kejadian culik di Sandakan, polis tak tolak militan terlibat

Seorang pemilik restoran dan seorang pelanggan diculik oleh lelaki bersenjata yang menyerbu restoran tepi pantai itu di Sandakan pada kira-kira jam 8 malam ini.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat perkara itu.

"Polis sedang menyiasat tetapi tidak menolak kemungkinan militan yang terlibat," katanya kepada Malaysiakini.

Pihak berkuasa melancarkan gerakan memburu dan mengetatkan kawalan di perairan sekitarnya.

Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahaid Hamidi berkata empat lelaki bersenjata memasuki Ocean King Restaurant dengan membawa dua rifel automatik dan sepucuk pistol.

Chung Yan Tsim berkata kejadian itu berlaku selama satu minit, lapor Star Online.

Kejadian selama seminit itu menyebabkan para pelanggan bertempiaran lari, pemilik restoran Chung Yan Tsim dipetik sebagai berkata.

"Mereka melarikan diri dalam bot. Tak ada tembakan," kata Chung.

Pengurus restoran yang diculik dalam kejadian itu adalah ipar Chung.

Julai lalu, lelaki bersenjata membunuh anggota polis dan menculik seorang wanita dari pusat peranginan Mabul, juga di timur Sabah.

Dua orang wanita termasuk seorang rakyat Cina diculik dari sebuah pusat peranginan di Semporna dalam wilayah yang sama pada bulan April 2014.

Pada tahun 2013, seorang pelancong terbunuh manakala isterinya diculik dari sebuah peranginan di Sipadan berhampiran Sandakan.

Lebih daripada 20 orang termasuk pelancong telah dijadikan tebusan oleh Abu Sayyaf di sebuahpusat peranginan di Sipadan pada tahun 2000..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.