`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 8, 2015

PECAT ISA SAMAD (SIRI 2)

Image result for isa samad

Ramai penyokong Tan Sri Isa Samad marahkan saya apabila saya mendesak beliau berundur selepas berjaya memandomkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang sahamnya milik peneroka, anak peneroka dan kakitangan FELDA. Belum habis pendedahan berkait KPF dan lain lain anak syarikat FELDA, hari ini muncul berita buruk daripada FELDA GLOBAL VENTURE (FGV) yang mahu menjual tiga perniagaannya iaitu FELDA PRODATA SYSTEM, FELDA TRAVEL dan FELDA PROPERTY. Alasannya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras FGV iaitu dalam sawit, getah dan gula.

Benarkah begitu? Perlu diketahui sebelum 3 syarikat ini dimiliki oleh FGV, ia juga adalah milik KPF melalui 51 peratus pegangan saham KPF dalam FELDA HOLDING. Melalui permainan licik Isa Samad, FGV berjaya membeli FELDA HOLDING yang sahamnya adalah milik KPF 51 peratus dan FELDA 49 peratus. FELDA PRODATA, FELDA TRAVEL dan FELDA PROPERTY ini adalah anak syarikat FELDA HOLDING yang sangat untung. 

FELDA PRODATA merupakan pembekal perkakasan komputer dan IT antara terbesar di Malaysia. Perniagaannya sangat menguntungkan dan dikira selamat sebagai gergasi IT di Malaysia. FELDA TRAVEL merupakan syarikat pengendali umrah dan haji antara terbaik di Malaysia. Ia mempunyai aset tersendiri termasuk di Mekah. Begitu juga FELDA PROPERTY syarikat menguntungkan yang mempunyai aset dalam bentuk hartanah sekitar KLCC dan seluruh negara. 

Persoalannya, kenapakah ketiga-tiga syarikat yang memberi keuntungan ini hendak dijual? Sedangkan selama ini FGV beria sangat memilikinya daripada KPF dan FELDA. Adakah sudah wujud pembeli-pembelinya dikalangan kroni-kroni orang besar FELDA atau orang politik di Putrajaya? Ataupun tujuannya untuk menunjukkan FGV mempunyai keuntungan untuk tahun 2015 setelah menjual aset berharga tersebut dalam keadaan harga sahamnya merudum teruk ketika ini dan dikhabarkan suku pertama 2015 FGV sudah rugi RM47 juta. 

Alasan untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras (sawit,getah dan gula) juga satu pembohongan. Ini kerana FGV juga melabur dalam bidang perhotelan, oil and gas dan juga health line. Kemundian perniagaan terasnya juga tidak memberangsangkan dengan pokok tua dan keperluan tanam semula di ladang FGV yang asalnya milik FELDA PLANTATION. Jadi permainan apakah ini yang sedang berlangsung?

Saya tutup dengan mengulangi 3 persoalan:

1. Kenapa syarikat yang setiap tahun untung hendak dijual oleh FGV?
2. Adakah sudah wujud pembeli-pembeli menanti dikalangan kroni-kroni yang akan memiliki syarikat ini?
3. Adakah ianya sebagai jalan untuk menunjukkan FGV untung selepas menjual aset berharga ini dalam keadaan semua mengetahui saham FGV merudum teruk.

Mohd Nasaie Ismail
Shah Alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.