Pengundi Hantu Mula Bertandang Di PRK Permatang Pauh. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa berjaya mengesan 2 'pengundi hantu' yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Permatang Pauh.
Mereka mendakwa menerima slip ucapan selamat mengundi daripada Barisan Nasional (BN) yang dialamatkan kepada 2 individu yang tidak pernah menetap di rumah mereka.
Pengundi Hantu Mula Bertandang Di PRK Permatang Pauh
Rafizi berkata, 2 pengadu itu menetap di rumah mereka sejak 14 tahun lepas namun terkejut selepas slip daripada BN itu dihantar kepada "Nur Fadilawaty Hanafi" dan "Sakinah Ahmed" yang tidak pernah mereka kenali.
Jelas Rafizi, PKR akan memperketatkan kawalan oleh agen mengundi ke atas dua pengundi berdaftar itu yang akan mengundi di saluran 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa.
Menurutnya, insiden pengundi hantu ini juga pernah berlaku sewaktu Pilihan Raya Umum 2013 bagi Parlimen Pandan.
"Saya pernah dapat tangkap. Tapi 'hantu' ini, dia sebenarnya takut dengan kita. Bila dia nampak kita, dia akan lari."Saya buat 6 laporan polis, tapi tiada tindakan ke atasnya," kata ahli Parlimen Pandan itu.
Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.