`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 18, 2015

Pro-UMNO kehabisan Modal, Pakai Hujjah Ahmad Awang Lebih Tua Dari Hadi..


Ahmad Awang terlalu tua banding Abdul Hadi

KUALA SELANGOR - ‎Ketua Ulama Pas Selangor, Mohd Zain Abd Rahman berpendapat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar terus memimpin parti itu selepas pemilihan pada Muktamar Pas ke-61, bulan depan.

Menurutnya, ‎meskipun, Ahmad Awang layak bertanding bagi merebut jawatan nombor satu parti itu, namun dari segi perbezaan usia jelas menunjukkan‎ bekas Naib Presiden Pas itu terlalu tua.

"(Yakin Abdul Hadi menang) Sudah semestinya. Sebab Presiden (Abdul Hadi) pun lagi muda daripada yang seorang (Ahmad) itu.

"Takkan nak pilih orang tua. Kalau nak cari suami pun, nak suami muda. Betul tak?‎,"
 katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada Muktamar Tahunan Ulama Pas Selangor ke-27, hari ini.

Ahmad, 79, mengesahkan‎ bakal menentang Abdul Hadi, 68 dalam Muktamar Pas ke-61 awal bulan depan bagi merebut jawatan Presiden Pas.

Mengulas soal pertandingan yang pertama kali berlaku bagi jawatan Presiden Pas itu, Mohd Zain berkata, Ahmad mungkin merasakan dirinya layak untuk bertanding hingga beliau membuat keputusan untuk menerima pencalonan tersebut.

‎"Perlembagaan menyebut, siapa sahaja layak bertanding, maka dia boleh bertanding. Jadi, mungkin dia (Ahmad) fikir dia layak bertanding, maka dia bertandinglah.

"Soal menang kalah itu persoalan nombor dua. Perlembagaan kata, cukup pencalonan, dia boleh bertanding," katanya.

Namun, beliau percaya Pas kawasan yang mencalonkan Abdul Hadi sebelum ini akan tetap memilih pemimpin itu dalam Muktamar Pas nanti.

"Dari sudut berapa pencalonan yang dia (Ahmad) dapat dan berapa pencalonan yang Presiden dapat. Biasanya, perwakilan ini mencalonkan Presiden, maka calon yang dicadangkan kawasan itu mereka akan pilih (dalam pemilihan) nanti.

“Kalau bandingkan dua (calon) ini, tengok pada majoriti...itu sahaja. Dewan Ulama (Selangor) memang menyokong kepimpinan ulama khasnya Presiden (Abdul Hadi)," katanya.

ULASAN GB

Nampaknya kumpulan pro-UMNO kehabisan hujjah untuk meyerang dan memfitnah Ustaz Ahmad Awang, calon Presiden yang akan menetang Haji Hadi di dalam pemilihan di Muktamar ke 61 nanti.

Maka digunakan hujjah siapa lebih muda... maka menurutnya yang muda itulah jadi pilihan.... hujjah yang lansung tidak bersandar ilmu dan peliknya ia dinyatakan oleh seorang yang memegang jawatan ketua Ulama PAS Selangor.

Beliau membandingkan pemilihan Presiden dengan calon suami. katanya, "kalau nak cari suami pun, nak suami muda. Betul tak?"

Satu perbandingan dan ukuran yang berdasarkan hawa nafsu ... nak cari suami muda, kononnya gagah. Itu taraf pemikiran "Ketua Ulama PAS Selangor!".

Sedangkan di dalam Islam faktor umur juga adalah penting di dalam menggalas tugas dan tanggungjawab seseorang "imam" iaitu ketua muslimin. Jika kedua-duanya bertaraf ulama maka faktor umur perlu diberikan perhatian. Sabda Rasululullah saw dari Ibnu Masud:

"Adanya Rasulullah saw mengusap-usap bahu kami dalam solat sambil berkata: "Ratakan saf dan jangan berselisih, nanti berselisih hati kamu. Hendaknya menghampiri kepadaku orang-orang tua dan yang berilmu dari kamu, kemudian orang di bawah mereka, kemudian yang di bawah mereka, kemudian yang di bawahnya."

Dan di dalam satu hadith lain baginda bersabda:

"Yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum ialah yang terpandai dalam memb aca Kitabullah, kalau dalam membaca ini mereka sama, maka yang terpandai dalam hadith (sunnah), dan kalau dalam hal ini mereka sama pula, maka yang terlebih dahulu berhijrah dan kalau dalam hijrah mereka sama, maka yang tertua usianya." (HR Ahmad, Muslim)

Malah jika diamati di dalam perlantikan Khalifah Islam selepas Rasulullah, turutan nama-nama Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali adalah berdasarkan faktor umur masing-masing selain dari faktor keilmuan yang dimiliki.

Justeru itu faktor umur yang dibangkitkan oleh Ketua Ulama PAS Selangor itu batal. Malah Islam menetapkan yang terlebih tua itulah yang wajar dipilih apatah lagi jika menelek dari sudut kesihatan, beliau lebih sihat dari yang muda.

Kedua Ketua Ulama PAS Selangor itu menyatakan lagi:

"Dari sudut berapa pencalonan yang dia (Ahmad) dapat dan berapa pencalonan yang Presiden dapat. Biasanya, perwakilan ini mencalonkan Presiden, maka calon yang dicadangkan kawasan itu mereka akan pilih (dalam pemilihan) nanti.

“Kalau bandingkan dua (calon) ini, tengok pada majoriti...itu sahaja......" katanya.

Benar, Haji Hadi mendapat banyak pencalonan berbanding Ahmad Awang (haji Hadi 98 berbanding Ahmad Awang 5). Tetapi jumlah pencalonan yang ditentukan oleh pemilihan PAS kawasan baru-baru ini bukan penentu, sebaliknya keputusan sebenar ditentukan perwakilan pada Muktamar PAS nanti.

Beliau agaknya terlupa dimana di dalam kes Ustaz Nasharuddin Mat Isa lawan almarhum Ustaz Hassan Syukri untuk jawatan Timbalan Presiden PAS pada tahun 2005 di mana Nasarudin Mat Isa dulu hanya mendapat 2 pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden lawan Ustaz Hasan Shukri, tetapi akhirnya yang menang ialah Nasharuddin.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.